LV By The Pool, Nuansa Tropika Musim Panas 2024
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
May 31, 2024
LV By The Pool kini kembali lagi! Seperti tahun-tahun lalu, label pakaian mewah Louis Vuitton mempersembahkan koleksi LV By The Pool 2024 yang membawa keinginan untuk pengembaraan eksotik dan tafsiran tropika ke dalam gaya hidup seharian.
Menjelang sahaja musim panas, LV By The Pool pastinya mengambil alih dan memperkenalkan koleksi yang lebih bertenaga dan menyeronokkan! Koleksi kali ini kaya dengan bahan semula jadi dengan memaparkan gabungan warna-warna terang. Seperti mimpi tropika, setiap produk diilhamkan bagi meraikan musim panas. Seolah berkelana dan berseronok dalam reka bentuk gaya Louis Vuitton yang bertenaga.
Sama ada bersantai di tepi pantai atau merayau di pulau-pulau kecil, himpunan koleksi musim panas Louis Vuitton memancarkan daya tarikan santai tetapi stylish. Buat musim ini, cetakan Monogram diimaginasikan semula sebagai motif jubin terperinci. Grafik botani yang subur dengan olahan warna terang disepadukan bersama. Turut dilengkapi dengan anyaman trompe l’oeil yang mempersonakan. Kemeja berangin menjadi potongan kenyataan yang digabungkan dengan seluar dan skirt dalam siluet yang bergaya namun selesa. Tambahan lagi, infusi karang merah jambu dan biru Caribbean mengimbangi neutral putih berpasir yang elegan buat item pakaian dalam koleksi kali ini.
Topi, item aksesori fesyen yang sangat penting ketika musim panas. Didatangi dalam pelbagai gaya seperti bucket hat Monogram, topi dalam denim Monogram berjumbai dengan pesona palet warna menawan. Selain itu, topi pantai LV Tiles turut menghambat ketertarikan dalam koleksi ini, di mana ia dihiasi dengan selendang sutera Monogram logo ikonik Louis Vuitton bercetak. Tidak lupa dengan selendang LV Tiles bersaiz besar. Selendang sutera carré mewah yang tampil dengan ilustrasi rumit dan dibingkai dengan motif LV Tiles seperti mozek yang memberi nuansa tropika.
Barang kemas fesyen ‘LV By The Pool’ menjadi penampilan sulung buat koleksi LV By The Pearl. Ia merupakan garis tandatangan yang dihiasi dengan mutiara kaca berwarna-warni. Keanggunan rantai leher dengan kemeriahan warna biru, membangkitkan keindahan ombak lautan serta membawa kesegaran kepada koleksi. Sementara itu, rangkaian Nanogram Enamel baharu, aksesori yang terdiri daripada anting-anting, gelang dan cincin ditakrifkan oleh Monogram terukir dalam suasana fuchsia atau biru kontemporari.
Direka bentuk buat penggemar pantai, aksesori wangian baharu turut diperkenalkan dalam koleksi LV By The Pool. Menyuntik elemen nota yang segar, menyeronokkan dan kefungsian pada koleksi. Musim ini, kanvas Monogram ditafsir semula pada sarung perjalanan dengan corak cat air musim panas berwarna karang merah jambu. Dilengkapi dengan kantung kain terry yang ringan dan lembut, diperbuat daripada kapas yang diperakui 100% GOTS. Koleksi wangian ini menawarkan haruman yang bergaya dan abadi untuk membawa serta melindungi botol wangian LV.
Monogram Tiles Surfboard mewakili item koleksi musim panas terbaik. Ianya dihasilkan daripada gentian kaca berstruktur dengan tulang belakang kayu tengah dan damar. Papan luncur artisanal mewah ini menampilkan motif penyataan musim panas bersama-sama dengan logo ikonik bot LV baharu di bahagian bawah. Dihadiri dengan warna karang yang cerah dan bertenaga, ia mengambil tanggapan sebagai perjalanan melangkaui daratan ke laut. LV By the Pool adalah koleksi yang sememangnya memenuhi kerinduan untuk musim panas yang tidak berkesudahan!
Artikel berkaitan: Musim Bunga di Bandar Oleh Louis Vuitton
Koleksi LV By The Pool 2024.

Aksesori Pelengkap Musim Panas
Topi, item aksesori fesyen yang sangat penting ketika musim panas. Didatangi dalam pelbagai gaya seperti bucket hat Monogram, topi dalam denim Monogram berjumbai dengan pesona palet warna menawan. Selain itu, topi pantai LV Tiles turut menghambat ketertarikan dalam koleksi ini, di mana ia dihiasi dengan selendang sutera Monogram logo ikonik Louis Vuitton bercetak. Tidak lupa dengan selendang LV Tiles bersaiz besar. Selendang sutera carré mewah yang tampil dengan ilustrasi rumit dan dibingkai dengan motif LV Tiles seperti mozek yang memberi nuansa tropika.
LV By The Pearl
Barang kemas fesyen ‘LV By The Pool’ menjadi penampilan sulung buat koleksi LV By The Pearl. Ia merupakan garis tandatangan yang dihiasi dengan mutiara kaca berwarna-warni. Keanggunan rantai leher dengan kemeriahan warna biru, membangkitkan keindahan ombak lautan serta membawa kesegaran kepada koleksi. Sementara itu, rangkaian Nanogram Enamel baharu, aksesori yang terdiri daripada anting-anting, gelang dan cincin ditakrifkan oleh Monogram terukir dalam suasana fuchsia atau biru kontemporari.
Kesegaran Wangian LV
Direka bentuk buat penggemar pantai, aksesori wangian baharu turut diperkenalkan dalam koleksi LV By The Pool. Menyuntik elemen nota yang segar, menyeronokkan dan kefungsian pada koleksi. Musim ini, kanvas Monogram ditafsir semula pada sarung perjalanan dengan corak cat air musim panas berwarna karang merah jambu. Dilengkapi dengan kantung kain terry yang ringan dan lembut, diperbuat daripada kapas yang diperakui 100% GOTS. Koleksi wangian ini menawarkan haruman yang bergaya dan abadi untuk membawa serta melindungi botol wangian LV.
Papan Luncur Artisanal Mewah
Monogram Tiles Surfboard mewakili item koleksi musim panas terbaik. Ianya dihasilkan daripada gentian kaca berstruktur dengan tulang belakang kayu tengah dan damar. Papan luncur artisanal mewah ini menampilkan motif penyataan musim panas bersama-sama dengan logo ikonik bot LV baharu di bahagian bawah. Dihadiri dengan warna karang yang cerah dan bertenaga, ia mengambil tanggapan sebagai perjalanan melangkaui daratan ke laut. LV By the Pool adalah koleksi yang sememangnya memenuhi kerinduan untuk musim panas yang tidak berkesudahan!
Artikel berkaitan: Musim Bunga di Bandar Oleh Louis Vuitton
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026