Mengapa Persalinan Biru Sering Menjadi Pilihan Kate Middleton & Keluarga?
Kad Krismas Putera William, Puteri Kate Middleton dan keluarga kecil mereka sentiasa kelihatan sempurna, terutama pada 2022.
Tahun lalu sempena menyambut kadatangan Hari Natal, Putera William berkongsi fotonya bersama isteri dan anak-anak bersiar di taman, kesemuanya dalam persalinan kasual serba biru. Mesej yang disampaikan melalui koordinasi warna adalah jelas: Mereka adalah sebuah unit keluarga yang bersatu.
Beberapa bulan kemudian, kerabat Wales memuat naik sekeping foto sempena ulang tahun kelahiran kelima Putera Louis. Menyarung baju sejuk Fair Isle rona biru, putera bongsu itu kelihatan gembira dalam kereta sorong yang ditolak ibunya.
Selepas beberapa bulan, ketika sambutan hari lahir kelapan Puteri Charlotte, Putera William dan Kate Middleton berkongsi foto puteri tunggal mereka dalam dalam gaun putih dihiasi bunga biru. Putera George turut merakam foto kenangan di Windsor sambil menggayakan kemeja kotak berwarna biru kelasi-putih.
Bagaimanapun ia bukanlah sesuatu yang baharu. Warna biru telah lama menjadi pilihan keluarga kecil Wales. Sebagai contoh pada 2021, ketiga-tiga putera dan puteri itu menyarung persalinan biru untuk potret hari lahir tahunan mereka. Begitu juga tahun 2022 buat Putera George dan Puteri Charlotte.
Elizabeth Holmes menambah, biru secara khususnya adalah warna signature Kate Middleton. “Untuk foto rasmi pertamanya sebagai bakal pengantin, dia menyarung gaun biru untuk dipadankan dengan cincin pertunangan nilam-berlian milik Puteri Diana. Sejak itu dia telah menggayakan setiap tona biru daripada rona lembut, terang kepada biru kelasi.”
Jadi sememangnya pilihan warna kegemaran mereka yang dipakai secara berulang-ulang ini bukanlah kebetulan, tetapi dirancang dengan rapi.
Foto: Vanity Fair
Baca: Evolusi Fesyen Meghan Markle: Dari Pentas Hollywood Ke Dunia Diraja

Foto: Matt Porteous/PA Media

Foto: Millie Pilkington
Putera William & Kate Middleton Hantar Mesej Tersembunyi
Sukar untuk melihat keluarga ini memakai warna lain selain biru, seolah-olah ia adalah peraturan, bukan pilihan. Apakah sebabnya? Kerabat Wales adalah ‘masters of optics’. Oleh kerana tidak boleh bercakap mengenai isu politik, mereka menyampaikan mesej halus melalui ekspresi wajah atau pemakaian. Contohnya pada Hari Peringatan, mereka menggayakan persalinan serba hitam bersama bunga popi merah. Semasa lawatan ke Pusat Kebudayaan Ukraine di London tidak lama selepas serangan Rusia ke atas negara itu, Kate Middleton memakai pakaian warna biru bendera Ukraine sebagai tanda sokongan. Justeru pemilihan warna biru untuk foto keluarga mereka pastinya bukan satu kebetulan.
Foto: GC Images
“Kerabat Diraja sentiasa menyedari mesej yang dihantar menerusi pakaian mereka. Sebahagian besar daripada peranan awam mereka adalah untuk dilihat — seperti yang sering dikatakan Ratu Elizabeth II.“Sebelum diberitahu kerja apa yang mereka lakukan, tujuan amal apa yang mereka sokong, atau acara apa yang mereka hadiri, lihat apa yang mereka pakai. Dari situ kita boleh tahu,” ujar Elizabeth Holmes, pengarang HRH: So Many Thoughts on Royal Style.
Apa Sebabnya Mereka Tertarik Dengan Biru Secara Khususnya?
Teori warna asas mencadangkan ia adalah warna yang mewakili ketenangan dan tanggungjawab. Buat penjawat awam yang ingin melahirkan bakal penjawat awam, langkah seperti itu tidak syak lagi amat menarik dari segi estetika. Tambahan, monarki adalah tentang kesinambungan yang stabil. Terdapat juga fakta bahawa ia adalah sebahagian daripada Union Jack: Memakai warna biru secara halus menunjukkan semangat patriotisme.
Foto: Getty Images
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
