Loading media...

Unable to load content
Top 10 Gaun Popular Untuk 2017 Menurut Google
Epitome of Glamor
Victoria’s Secret Fantasy Bra 2018 Bakal Diperagakan Oleh…
Sririta Jensen: Berbudi Tanpa Batasan
Tampilan Gaya Selebriti Di After Party Met Gala 2025
Home > Fesyen > Online Store H&M Kini Berada Di Malaysia

Online Store H&M Kini Berada Di Malaysia

Jenama fast fashion global H&M telah melancarkan online store pertama mereka di Malaysia yang bakal menawarkan pelbagai jenis produk untuk pembeli.

 

Foto: H&M

Dengan pelancaran kedai atas talian baru ini, pembeli di Malaysia kini berupaya untuk mendapatkan akses kepada pilihan item fesyen yang lebih besar dan berkualiti hanya dengan satu klik sahaja.

 

H&M Shop Online ini juga bakal menampilkan item-item yang terhad untuk pembelian atas talian sahaja membuatkan item tersebut lebih ekslusif dan boleh didapatkan sepanjang tahun tanpa perlu risau akan kehabisan stok item tersebut.

 

Untuk pelancaran di Malaysia sahaja, mereka telah menawarkan 100 ceraian yang ekslusif untuk pembelian atas talian sahaja dan tidak boleh diperoleh di mana-mana tempat lain. Mereka juga melancarkan satu koleksi premium untuk pembeli.

 

“Kami berasa gembira untuk melancarkan Shop Online di Malaysia. Asia Tenggara merupakan kawasan yang pesat membangun untuk H&M dan dengan kemajuan pasaran atas talian, kami juga sangat bangga kerana berupaya menawarkan khidmat ini untuk peminat kami di Malaysia,” terang Pengurus Negara H&M Asia Tenggara, Fredrick Famm, dalam satu kenyataan.

 

H&M Malaysia juga menawarkan tawaran yang menarik untuk para pelanggan: penghantaran percuma untuk setiap pembelian sehingga 28 Mei ini. Bagi mereka yang memuat turun aplikasi H&M atau subscribe kepada Fashion News, H&M menawarkan diskaun sebanyak 25% untuk setiap item.

 

Head on over to hm.com untuk membeli-belah sekarang!