Loading media...

Unable to load content
5 Gaya Fesyen Aisha Retno Pilihan GLAM
10 Hot Model Terkini Yang Menguasai Dunia Fesyen
GLAM FIRST: COACH Fall 2022
Anya Taylor Joy Curi Tumpuan Mata Fesyen
Seri Gaya Raya Dengan Tas Tangan Oleh Kate Spade New York
Home > Fesyen > Optimis 2020

Optimis 2020

Selamat datang ke dekad baru, tahun 2020! Cukup mustahil jika dibandingkan dengan 100 tahun yang lampau. Era 1920 yang mana wanitanya dibaluti gaun yang sarat dengan labuci serta fabrik berlapis-lapis untuk mencipta drama sendiri dan 100 tahun sekarang, wanita kini lebih moden tidak terikat pada gaun malah lebih bijak dengan balutan helaian cukup bebas. Tempoh seratus tahun itu cukup jelas terasa pada gerobok wanita. Serta menginjak pentas fesyen dengan aliran yang moden. Biarpun ada jenama lampau masih terus menyinari lapangan fesyen, namun tampuk kreatifnya membawa visi baru. Bijaknya pengkarya fesyen ini dalam menginjeksi karya yang diinspirasikan daripada arkib masing-masing tanpa memandang enteng pada apa yang wanita sekarang mahukan.

VIRGINIE VIARD DI ACARA DEBUTNYA BUAT CHANEL

PERAGAWATI TRANS WOMAN PERTAMA BERSAMA IMG, HARI NEF

 

Perubahan tampuk kreatif memberi impak yang besar pada setiap jenama. Mereka ini membawa visi masing-masing dengan masih berpegang teguh pada legasi DNA yang diterapkan oleh empunya jenama. Aliran baru yang dibawa masuk oleh setiap pengarah kreatif mampu membuatkan jenama itu bertambah lebih kukuh atau meruntuhkan legasi rumah fesyen dengan hanya satu koleksi. Himpunan Pra-Musim Bunga 2020 Chanel yang dipersembahkan di Paris adalah debut buat Virginie Viard, nyatakan memberi satu kejutan buat para pencinta fesyen kerana ceraian yang lebih segar mengikut kehendak klien orang mudah sekarang. Jika mentornya Karl Lagerfeld suka pada set yang sarat dekorasinya, Viard pula gemarkan gaya lebih ringkas dalam seni persembahan. Baca lanjut dalam Rencana Fesyen GLAM Januari 2020.