Belaian Kemewahan Lady Dior
Butik Terbaru Kate Spade Berkonsepkan “Great Escape” Di TRX
Lima Trend Siluet Seluar Denim Untuk Digayakan
Gaya SAG Awards 2015
Gaya Musim Panas Sinematik Dari Roma Buat Fendi Summer 2025
Home > Fesyen > Optimistik Penerus Bvlgari Dalam Meraikan Akhir Tahun Ini

Optimistik Penerus Bvlgari Dalam Meraikan Akhir Tahun Ini

Ini adalah masa terbaik untuk mengejar setiap keinginan dalam diri dan terus menjulang sifat optimistik. Terus, menjadi pembakar semangat untuk maju mengapai impian, berkongsi kasih juga menyampaikan makna sebenar cinta. Bvlgari mahukan setiap impian itu menjadi kenyataan melalui kempen akhir tahun mereka #MORETHANAWISH. Tambahkan setiap angan dan impian agar hidup akhir tahun ini tidak dilanda sepi.

optimistik
Kempen akhir tahun Bvlgari
Terus pasangankan impian dalam parti hangat Bvlgari

Bvlgari tidak alari jauh dalam melancarkan kempen #MORETHANAWISH dimana, Rome yang dekat dengan jenama barang kemas mewah ini menjadi lokasi ideanya. Langit malam yang penuh dengan bintang-bintang mencipta drama tersendiri. Setiap panahan bintang memberi satu cetusan yang optimistik. Berbumbungkan langit sarat bintang, memantulkan pula semangat acara parti di malam hari. Cahaya daripada Enternal’s City itu akan terpancar melangkaui setiap barangan kemas di bawah koleksi akhir tahun Bvlgari.

Bungkusan eksklusif meraikan kempen #MORETHANAWISH
optimistik
Warna bertuah Bvlgari, biru teal dan emas.

Membawa masuk ke dalam butik pula adalah satu pengalaman yang sarat fantasi. Bvlgari memberi kepuasan yang cukup berimaginasi tinggi. Setaip simbol yang memeriahkan dekorasi membawa makna yang mendalam. Ada hiasan singa, burung merak dan semestinya ular menghiasi ruangan butik. Butik disimbah dengan kemasan emas dan palet biru, sebagai rona bertuah mengikat setiap angan dan impian.

optimistik
optimistik

Pautan Berkenaan: Parti Meraikan Barocko Bulgari Di Shanghai