Pameran Naomi: In Fashion, Pandora’s Box Naomi Campbell
Peragawati tersohor, Naomi Campbell menceritakan kisah kariernya sebagai model di dalam pameran Naomi: In Fashion di London.
Bertempat di Victoria and Albert Museum (V&A) London, peragawati antarabangsa Naomi Campbell akan membuka pameran fesyennya yang pertama, Naomi: In Fashion. Naomi: In Fashion membawa sebahagian daripada kehidupan Naomi Campbell dalam industri permodelan dan fesyen. Pameran fesyen yang disokong oleh jenama BOSS ini akan secara rasminya dibuka kepada orang awam pada 22 Jun 2024, Sabtu ini. Ketika pembukaan pameran ini, Campbell sendiri akan menjemput para pelawat dengan video montajnya catwalk, mengenakan pelbagai jenis busana daripada Chanel, Vivienne Westwood dan Versace. Gaya rambutnya juga akan bertukar-tukar sepanjang montaj itu.
https://www.instagram.com/p/C8UccLisSel/
Beberapa momen fesyen ikonik Campbell juga akan dipaparkan di pameran Naomi: In Fashion. Salah satunya seperti pakaian ikonik Campbell ketika musim Covid di lapangan terbang, hazmat suit bersama mantel dari Burberry. Begitu juga dengan adi busana daripada John Galliano untuk Dior dan Alexander McQueen untuk Givenchy. Sebuah ruang yang menyerupai bilik persalinan Campbell juga akan dipamerkan lengkap bersama selipar hotel dan lilin Diptyque kegemarannya.
“Terdapat banyak pameran tentang pereka fesyen dan jurugambar fesyen akan tetapi peragawati seringkali ditinggalkan daripada cerita ini,” kata Sonnet Stanfill, senior kurator di V&A. “Dan karier Naomi Campbell yang menjejak 40 tahun telah membuktikan bahawa dia seorang contoh di dalam industri ini, bukan hanya kerana dia bekerja bersama pereka dan jurugambar terbaik di dalam industri majalah, malah dia juga menggunakan platformnya untuk menonjolkan kerjaya kreatifnya,” ujar Stanfill lagi.
Busana-busana yang dipamerkan dalam pameran Naomi: In Fashion juga bercampur dengan rekaan daripada pereka-pereka dari jenama terbesar dalam dunia fesyen. Contohnya mendiang Gianni Versace dan Azzedine Alaïa begitu juga dengan pereka Afrika, Kenneth Ize dan Thebe Magugu.
Campbell yang kini berumur 54 tahun memulakan kariernya sebagai seorang peragawati ketika zaman remajanya lagi. Dia telah menggayakan jenama-jenama terbesar fesyen seperti Versace, Dolce & Gabbana, Chanel dan Prada, serta banyak lagi. Campbell juga merupakan wanita berkulit hitam yang pertama menjadi muka depan majalah American Vogue’s dan French Vogue and Time. Campbell juga pernah memperagakan jenama Malaysia, Rizman Ruzaini di kemunculan sulung jenama itu di Dubai Fashion Week 2023.
https://www.instagram.com/p/CyizFphJB5V/?img_index=1
Gambar oleh: Victoria and Albert Museum, London
Pameran Yang Intim Seperti Pandora’s Box Naomi Campbell
“Ianya sangat intim untuk dipaparkan kepada semua orang, seperti Pandora’s box saya.” ujar peragawati itu tentang pameran Naomi: In Fashion. Pameran Naomi: In Fashion ini bukan sahaja memaparkan momen-momen kejayaan Campbell dalam kariernya. Ada tempoh yang susah dalam kehidupan Campbell juga dipaparkan seperti kes mahkamahnya pada tahun 2007. Campbell mengaku bersalah atas tuduhan menyerang dengan membaling telefon bimbit ke arah pembantunya. Gaun Dolce & Gabbana yang dipakai ketika hari terakhir khidmat masyarakatnya juga akan dipamerkan.
“Terdapat banyak pameran tentang pereka fesyen dan jurugambar fesyen akan tetapi peragawati seringkali ditinggalkan daripada cerita ini,” kata Sonnet Stanfill, senior kurator di V&A. “Dan karier Naomi Campbell yang menjejak 40 tahun telah membuktikan bahawa dia seorang contoh di dalam industri ini, bukan hanya kerana dia bekerja bersama pereka dan jurugambar terbaik di dalam industri majalah, malah dia juga menggunakan platformnya untuk menonjolkan kerjaya kreatifnya,” ujar Stanfill lagi.
Busana-busana yang dipamerkan dalam pameran Naomi: In Fashion juga bercampur dengan rekaan daripada pereka-pereka dari jenama terbesar dalam dunia fesyen. Contohnya mendiang Gianni Versace dan Azzedine Alaïa begitu juga dengan pereka Afrika, Kenneth Ize dan Thebe Magugu.
Campbell yang kini berumur 54 tahun memulakan kariernya sebagai seorang peragawati ketika zaman remajanya lagi. Dia telah menggayakan jenama-jenama terbesar fesyen seperti Versace, Dolce & Gabbana, Chanel dan Prada, serta banyak lagi. Campbell juga merupakan wanita berkulit hitam yang pertama menjadi muka depan majalah American Vogue’s dan French Vogue and Time. Campbell juga pernah memperagakan jenama Malaysia, Rizman Ruzaini di kemunculan sulung jenama itu di Dubai Fashion Week 2023.
https://www.instagram.com/p/CyizFphJB5V/?img_index=1
Gambar oleh: Victoria and Albert Museum, London
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
