Loading media...

Unable to load content
Kasut Dua Dalam Satu, Louis Vuitton Memperkenalkan LV Sneakerina
Ini 5 Cara Chic Menggayakan Perhiasan Mixed Metal
7 Gaya Berpasangan Terbaik Keanu Reeves & Alexandra Grant
GLAM HIJAB 2022, Pesona Ameera Khan
Legasi 70 Tahun Dior Diabadikan di Perancis
Home > Fesyen > Pelancaran TOD’S Timeless Icon di Tokyo

Pelancaran TOD’S Timeless Icon di Tokyo

ms-zhang-ziyi-and-mr-aaron-kwok

Dari kiri: Zhang ZiYi dan Aaron Kwok

 

Pada 9 Oktober lalu, jenama gergasi TOD’s telah meraikan sambutan The Timeless Icon Tokyo di cawangan utama mereka yang terletak di Omotesando, Tokyo.

 

Beberapa selebriti ternama benua Asia telah diundang bagi menyerikan lagu acara tersebut, termasuklah Zhang ZiYi dan Aaron Kwok. Lee Jong Suk dan Krystal Jung turut menyertai barisan selebriti jemputan.

 

andrea-della-valle_krystal_diego-della-valle

Dari kiri: Andrea Della Valle, Krystal Jung dan Diego Della Valle

 

Label Itali tersebut telah memperkenalkan koleksi aksesori terbaru mereka yakni TOD’S DOUBLE T. Ciri grafik, bersama sentuhan ikoniknya, menyambut estetik sepatu dan tas oleh Tod’s yang tidak lapuk dek zaman.

 

Biar yang logam mahupun yang kulit, DOUBLE T BUCKLE merupakan salah satu simbol ikonik jenama itu. Tidak ternilai bak kulit eksotik, dan semestinya 100% dibuat di Itali.

 

zhang-ziyi_-krystal-jung

Dari kiri: Krystal Jung dan Zhang ZiYi

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah