#Recap: Tiga Jenama Dari Asia Tenggara Bersinar Di Minggu Fesyen Dubai 2024
Raikan Detik Istimewa Hidup anda Dengan “Bliss for Forevermark”
RECAP: 10 Penampilan Selebriti Di KLFW 2024!
3 Aksesori Fesyen Wajib Ada Dalam Setiap Gerobok Anda
Keunggulan Neo-Santara Kini Menguasai Pentas Fesyen Global
Home > Fesyen > Pentas Victoria’s Secret Kembali Ke New York

Pentas Victoria’s Secret Kembali Ke New York

2013 VICTORIA'S SECRET Fashion ShowGambar: Arkib GLAM

  Setelah melebarkan sayap ke kota London tahun lalu, pentas Victoria’s Secret bakal kembali ke New York lewat tahun ini. Pengumuman itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif, Sharen Jester Turney.   Keputusan itu dilihat sebagai sesuatu yang istimewa kerana kota New York merupakan pentas pertama Victoria’s Secret diperagakan pada tahun 1995. Jenama pakaian dalam itu bakal menyambut ulang tahun ke-20 tahun ini dan ianya dianggap bertepatan untuk kembali ke pentas di mana ianya bermula.   Sebelum ini, sepuluh Angels baru diumumkan jenama itu. Martha Hunt, Jasmine Tookes, Elsa Hosk, Kate Grigorieva, Taylor Hill, Jac Jagaciak, Stella Maxwell, Lais Ribeiro, Sara Sampaio dan Romee Strijd bakal mengikut jejak langkah barisan Angels terdahulu seperti Tyra Banks dan Heidi Klum.