fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
10 Penyanyi Wanita Dengan Bayaran Tertinggi Di Dunia
YM Puteri Afzan Shakira, Modern Day Princess
Zahirah Macwilson Kini Milik Aiman Hakim Ridza
Sembang Fesyen: Afiq Mohamed
Kim Kardashian Adalah ‘Elle Woods’ Bersempena Halloween

Aktor Hollywood Menawan Yang Kini Berstatus Bujang

Mereka adalah pelakon paling digilai peminat sezaman, sejak mereka muda sehinggalah kini menginjak usia matang. Masing-masing masih lagi kacak dan semestinya filem terbaru mereka lebih mendapat sambutan.

 

Mereka juga menjadi lambang lelaki sejati yang masih berperwatakan menawan, kacak dan masih segak walaupun usia mereka kini melewati 40 dan 50 tahun. Mereka juga masih menjadi pelakon utama dalam filem dan menjadi perhatian lensa paparazzi ke mana-mana sahaja mereka pergi.

 

Nampaknya, George Clooney yang digelar ‘ultimate bachelor’ sebelum ini, kini bahagia berkahwin dan punya anak kembar sedangkan rakan-rakannya pula kembali membujang.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Johnny Depp

 

Hero versatil berusia 54 tahun ini memiliki dua anak bersama Vanessa Paradis namun perpisahan dengan Amber Heard yang menjadi bualan hangat. Pertengkaran melibatkan kekasaran terhadap isteri membawa mereka turun naik mahkamah. Kini Johnny Depp hanya tampil sendirian di permaidani merah ketika pelancaran Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales dan belum terbit mana-mana berita mengenai hubungan terbarunya.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse