Anna Wintour & Dunia Fesyen Bersuara Ikutan Skandal Seks Harvey Weinstein
Siasatan masih berjalan, Weinstein masih lagi di Eropah mendapatkan rawatan untuk “ketagihan seks”, semakin ramai pelakon wanita Hollywood tampil untuk berkongsi kisah pahit mereka, Motion Picture Academy telah melucutkan keahlian Weinstein, dan kini dunia fesyen pula tampil untuk memberi sokongan mereka kepada mereka yang menjadi mangsa lelaki ini.

Anna Wintour dan harvey Weinstein menghadiri pertunjukan Marchesa sewaktu NYFW F/W 2017.
Gary Gershoff/WireImage
Ratu dunia fesyen Anna Wintour sendiri telah menyatakan kekecewaannya terhadap apa yang telah terjadi kepada wanita-wanita tersebut. “Kelakuan seperti ini sangat mengerikan dan tidak boleh diterima. Saya merasa gerun memikirkan apa yang telah dialami oleh wanita-wanita ini dan mengagumi keberanian mereka untuk tampil ke pihak umum dan berkongsi kisah mereka. Saya turut merasa simpati kepada Georgina dan anak-anaknya. Kita semua punyai tanggungjawab untuk menghasilkan persekitaran yang selamat di mana semua orang boleh bekerja tanpa merasa takut,” ujar Wintour kepada The New York Times.

Sebelum ini beberapa laporan menyatakan jenama fesyen mewah milik Georgina, Marchesa, berada dalam keadaan bahaya ikutan skandal seks ini dan Wintour juga mengungkit pembabitan Weinstein secara langsung dalam industri fesyen ini di mana dia pembuat filem tersebut dikatakan mengugut pelakon wanita untuk memakai rekaan bekas isterinya itu.
Pelakon, Felicity Huffman sendiri telah mengesahkan dakwaan ini minggu lalu kepada TooFab. Huffman menyatakan Weinstein telah mengugut untuk menarik bantuannya kepada filem Huffman jika dia enggan mengenakan rekaan Marchesa ke beberapa acara karpet merah.
Selain itu, pereka terkenal Tom Ford juga menyatakan kelakuan Weinstein ini tidak boleh diterima langsung walaupun mereka pernah bekerjasama.
“Apa yang dilakukan oleh Harvey adalah sangat mengejutkan, tidak boleh dipertahankan, dan sangat menganggu. Saya tahu Harvey menyukai wanita muda dan cantik. Saya tidak sedar akan perangai buruknya ini atau dia pernah membayar untuk mendiamkan orang sebelum ini.”
Sekarang dunia fesyen juga sudah bersuara can someone put him in jail atau sangkar mungkin?
Artikel Berkaitan
Nadi Baru Le Roseau
Towards The Sun
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
Flip The Past & The Future
Seven Ways Dengan Tata Gaya Infiniti!
Gigi Hadid Kini Hamil Anak Zayn Malik
Datin X: Affair Di Hujung Usia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
