GLAM Promosi – DIS 2016

 

*klik tab di bawah untuk menyertai promo*

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Disember 2016

_____________________________________________________________________________________________

[tab: LA PRAIRIE]

Menang!
4 x Skin Caviar Concealer Foundation SPF 15 & Rawatan Muka daripada La Prairie bernilai RM 1610

la-prairie

Kunci Kulit Sempurna

Terkenal sebagai salah sebuah jenama kecantikan mewah dari Swiss, La Prairie menghasilkan pelbagai koleksi penjagaan kulit inovatif, wangian serta kosmetik secara meluas buat para penggunanya.

Skin Caviar Concealer Foundation SPF 15 dicipta dengan formulasi ringan dan mewah yang diperkaya dengan peptida baru, ia dapat membantu meningkatkan ketegangan serta keanjalan kulit lalu menjadikan kulit kelihatan sempurna secara semula jadi. Ekstrak kaviar yang kaya dengan acid amino, vitamin E serta mineral pula merupakan sumber sebatian utama yang melindungi kulit daripada penuaan. Selain itu, cecair asas ini juga mampu mengekalkan kulit agar terhidrat dengan kemasan dewy di samping menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Hasilnya, Skin Caviar Concealer Foundation SPF15 menjadikan kulit anda kelihatan sihat dan sempurna.

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above

[tab: JPO x AIGNER]

Menang!
Tas Tangan Cavalier daripada Aigner bernilai RM 11,250

aigner-jpo

Johor Premium Outlets dan Aigner : Praktikal, Mewah

Diasaskan oleh pereka fesyen hebat, Eteinne Aigner, koleksi mewah tas tangan, aksesori, pakaian dan perhiasan ternyata unik dan menarik buat lelaki dan wanita. Mencedok inspirasi ladam kuda sebagai status simbol kemewahan, jenama Aigner terus gah sebagai jenama mewah antarabangsa. Antara koleksi tas tangan Aigner termasuklah satchels, beg silang, tote, hobo, shoulder bag dan clutch. Bagi penggemar himpunan Cavalier, Aigner kini menampilkan beg Cavalier yang diperbuat daripada kulit ular sawa. Sensasinya sungguh eksotik dan menjerit aura kemewahan. Sesuai dibimbit atau disandang pada bahu, beg Cavalier ini pasti menghebatkan lagi gaya anda.

 

Eksklusif dari
Aigner Johor Premium Outlets
Suite 632, Jalan Premium Outlets,
Indahpura, 81000 Kulaijaya,
Johor Darul Takzim.
Tel: +607-6708088

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above

 

POST A COMMENT