GLAM PROMOSI – OKT 2016

glam-oct-spread

*klik tab di bawah untuk menyertai promo*

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Okt 2016

_____________________________________________________________________________________________

[tab: PHILOSOPHY]

Menang!
16 x set Philosophy bernilai RM 6360 kesemuannya 

philosophy-image

 

Kecapi Kecantikan Idaman
 

Philosophy dicipta untuk memberi insiprasi kepada wanita agar tampil lebih menarik. Philosophy percaya bahawa menerusi rangkaian produknya setiap wanita berhak memiliki kulit muka yang berseri, lembut dan sihat. Antara siri rangkaian terbaiknya ialah Take a deep breath yang dapat memberikan keperluan mencukupi buat kulit anda.

 

Purity Cleanser. Digunakan sebagai pembersih muka harian, ia dirumus khas bagi membantu membersihkan kulit daripada kotoran, menghidratkan kulit di samping berkesan meratakan tona kulit wajah. Formulasinya menggunakan ph yang seimbang serta agen pembersih yang lembut, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Oxygenating Eye Gel Cream. Krim bertekstur gel ini bertindak sebagai agen penyegaran, meremajakan, menyuburkan dan melindungi kulit di sekeliling mata. Ekstrak daun barli yang terdapat di dalam gel ini berfungsi meningkatkan tahap oksigen yang diperlukan kulit agar dapat meredakan sembap serta lingkaran gelap bawah mata. Oil-Free Oxygenating Gel Cream. Digunakan sebagai pelembap muka, ia merupakan gel krim bebas minyak yang membantu menyalurkan oksigen pada kulit untuk memastikan kulit sentiasa terhidrat, bertenaga dan berseri. Teknologi penapisan yang terkandung di dalam krim ini meneutralkan kerosakan radikal lantas menghindarkan kulit daripada elemen-elemen yang boleh membahayakan kulit.

 

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above

[tab: SOTHYS]

Menang! 
14 x Perfect Shape Youth Serum bernilai
RM6300

 

 

Sempurna Sekelip Mata
 

Dari masa ke semasa, umur dan tekanan gaya hidup nyata mempengaruhi kecantikan. Situasi ini menyebabkan kebanyakan wanita mengalami perubahan fizikal serta hormon yang ketara seperti bengkak pada pipi serta garis kedut pada leher dan menjadikan seseorang itu kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

 

Perfect Shape Youth Serum daripada Sothys menawarkan penyelesaian alternatif yakni dapat menegangkan kulit dan membentuk semula wajah agar kelihatan lebih muda. Rawatan khusus ini membantu anda untuk memiliki bentuk muka langsing dan lebih menawan.

 

Diilhamkan daripada teknik benang yang mengetatkan bahagian kendur pada muka dan leher, Manioc sugars yang ada di dalam serum ini bertindak melicinkan garisan secara sertamerta. Peptida M 3.0 pula mempunyai ciri unik yang dapat melindungi serta memanjangkan jangka hayat sel di samping mencegah dan membaik pulih kulit akibat penuaan.

 

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above