Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > Promosi – Menangi Percutian di Avani Sepang Goldcoast Resort
Promosi – Menangi Percutian di Avani Sepang Goldcoast Resort
Keindahan salah satu dari kamar Vila atas air Avani Sepang Goldcoast Resort bersaksikan panorama laut yang mendamaikan
Avani Sepang Goldcoast Resort Percutian 3 hari 2 malam di Avani Sepang Goldcoast Resort dengan sarapan dan makan malam romantik untuk dua orang bernilai RM2,608 Avani Sepang Goldcoast Resort, penginapan bertemankan keindahan persekitaran resort yang menjanjikan ketenangan, juga privasi untuk bersama tersayang. Dipengaruhi seni bina tropika, Avani Sepang Goldcoast Resort memperlihatkan jalinan kontemporari bersemi natural buat mencipta ambien penuh mempesonakan. Memayungi 315 vila atas air yang diinspirasikan oleh gaya Polynesian kontemporari, Avani Sepang Golcoast Resort menawarkan pilihan vila untuk satu, dua dan tiga bilik. Keluasan setiap vila bermula dari Vila Superior bersaiz 52 meter persegi, Family Vila bersaiz antara 82 meter persegi dan 232 meter persegi serta Vila dua bilik bersaiz 122 meter persegi. Setiap Vila direka dan dibina di atas air menghadap pemandangan laut yang menjanjikan panorama indah. Reka bentuk dan struktur siling kayu, selain binaan panel, kemasan lantai dan perabot juga dari medium yang sama menterjemahkan penginapan berkonsepkan mood resort kontemporari. Tidak lengkap penginapan tanpa menikmati sajian enak dan memikat selera. Dengan seleksi enam buah restoran dan cafe buat pengunjung menikmati rasa sebenar kulinari orang tempatan. Berilhamkan gastronomi tempatan, Restoran Sepoi-Sepoi menafsirkan resipi asli dalam cetusan rasa kontemporari. Hai Sang lou, restoran berorientasikan rasa berbeza, Kafe Perahu untuk makan malam romantik, selain Kafe Bila-Bila, Stimbot dan Selat Bar yang pasti mengundang selera semua. Turut disediakan Avani Spa buat membelai dan memanjakan diri dan melarutkan segala lelah di minda. Bulan ini, GLAM Deko dan Avani Sepang Goldcoast Resort menawarkan promosi istimewa untuk para pembaca dengan menyertai peraduan yang dianjurkan melalui laman instagram @glamdekomy. Pastikan anda telah menekan butang follow di akaun kami! Ikuti langkah-langkah berikut;- Ikuti (follow) GLAM DEKO di Instagram @glamdekomy
- Repost pada akaun anda dengan menggunakan hashtag #glamdekogiveaway
- Tag #avanisepanggoldcoast dan @glamdekomy
- Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah like yang diterima
- Kami akan mengumumkan pemenang yang berjaya pada 15 Mac 2018
- Promosi ini akan tamat pada 11.59pm, 28 Februari 2018 (tertakluk pada perubahan). Para pemenang akan diumumkan pada 15 Mac 2018 (tertakluk pada perubahan).
- Hanya post yang dilakukan pada sepanjang tempoh promosi dikira sah.
- Pemenang akan dihubungi melalui mesej terus Instagram (Instagram Direct Message).
- Pemenang perlu hadir sendiri ke pejabat Blu Inc Media Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah.
- Anda harus mengikuti setiap langkah yang telah ditetapkan bagi melayakkan penyertaan buat promosi ini.
- Kegagalan menghubungi pemenang dalam masa seminggu dari tempoh pemberitahuan menjadikannya terbatal.
- Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman pemenang dikira tidak sah.
- Blu Inc Media Sdn Bhd tidak akan melayan sebarang aduan tentang hadiah selepas ianya menjadi hak milik pemenang.
- Blu Inc Media Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakkan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami oleh peserta yang ingin terlibat dalam promosi ini.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
test instagram
BY Nann
Aug 04, 2025
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
