Loading media...

Unable to load content
5 Beg Mikro Paling Hot Untuk Koleksi Peribadi Anda
Naga & Makhluk Asing Antara Elemen Anda Boleh Dapati Belakang Pentas Minggu Fesyen Milan
Chanel Spring Summer 2016 Haute Couture
Trend Fesyen Busana Raya 2019, Mana Satu Pilihan Anda?
H&M STUDIO Musim Bunga 2023 Pertaruh Gaya Maksimal
Home > Fesyen > Raikan Kekuatan Kasih Ibu Bersama Tiffany & Co.

Raikan Kekuatan Kasih Ibu Bersama Tiffany & Co.

Bersempena hari ibu, Tiffany & Co. melancarkan kempen istimewa bertajuk “Strong Like Mom” yang menggambarkan kekuatan, kasih sayang dan pengorbanan para ibu.

Sejak 1837, Tiffany & Co. telah menjulang keindahan seorang ibu — lambang cinta abadi dan pengorbanan tanpa batas. Tahun ini, kempen “Strong Like Mom”  bukan sekadar penghormatan kepada keibuan, tetapi juga kepada kekuatan jiwa yang membentuk setiap wanita Tiffany & Co.

Kempen “Strong Like Mom” memaparkan sebuah filem pendek yang menyentuh hati, menampilkan kakitangan sebenar Tiffany & Co. bersama-sama anak-anak mereka dalam sesi perkongsian yang cukup ikhlas. Kanak-kanak berusia antara lima hingga lima belas tahun duduk di hadapan kamera dan berkongsi pendapat mereka tentang apa yang menjadikan ibu mereka kuat.

“Strong Like Mom” adalah penghormatan kepada salah satu ikatan paling mendalam dalam hubungan manusia – kasih sayang antara ibu dan anak. Sewaktu testimoni mengharukan ini berlangsung, filem tersebut diselangi dengan gambar para ibu yang anggun mengenakan perhiasan dari koleksi HardWear by Tiffany, koleksi yang melambangkan kekuatan cinta yang mampu mengubah kehidupan.

GLAM turut mengabadikan momen istimewa ini bersama Tiffany & Co. Kim Raymond bersama anaknya, Skylar Raymond menghabiskan masa penuh intimate dengan chit-chat yang cukup tulen. Skylar diberikan ruang untuk menemubual ibunya dengan soalan yang lebih kandid, memancarkan lagi hubungan manis antara mereka. Buat filem pendek ini, Kim Raymond turut menyarungkan koleksi HardWear by Tiffany. Manakala Skylar dihiasi dengan perhiasan barang kemas gelang dan rantai perak.

Dapatkan hadiah istimewa buat Ibu di butik Tiffany & Co. atau secara eksklusif di Tiffany.my.

Artikel Berkaitan: Metafora Ultra-Mewah Lock Collection daripada Tiffany & Co.