#Recap: Tampilan Gaya Selebriti Wanita Di KLFW 2025
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Aug 12, 2025
Minggu fesyen di Kuala Lumpur telah berlangsung meriah dengan himpunan pertunjukan yang dihadiri oleh ramai tetamu yang memukau termasuk selebriti seperti Amelia Henderson, Fazura, Daiyan Trisha, Mimi Lana dan ramai lagi! GLAM ingin mengimbas kembali tampilan gaya selebriti wanita di sepanjang minggu KLFW 2025.
KL Fashion Week 2025 (KLFW25) telah menyemarakkan pentas fesyen ibu kota dengan deretan persembahan memukau daripada barisan pereka tempatan terkemuka dan cukup berbakat. Sepanjang minggu penuh gaya ini, bangunan mencakar langit Suria KLCC menjadi saksi kepada sorakan, kilauan kamera serta segala rentetan eksklusif fesyen yang mencerminkan kreativiti tanpa batas. Kehadiran para tetamu A-listed pula bukan sahaja menambah seri acara, malah menjadi tanda sokongan oleh mereka kepada para pereka yang terus mencipta sejarah dalam industri fesyen tanah air.
Deretan Gaya Selebriti Wanita Di KLFW 2025
Day-1: Daiyan Trisha
Selebriti popular Daiyan Trisha tampil memukau di pertunjukan Rizman Ruzaini KLFW25, memadukan dress putih berpotongan halter yang mengalun lembut setiap langkahnya. Korset hitam berzip di pinggang membawa fashion statement yang membentuk siluet pinggang bernada kontras dengan sentuhan kelembutan dress yang beralun. Aura glamornya tampak effortless, lantas mengimbangi romantisme klasik dengan sisi moden yang kontemporari, mencerminkan gaya seorang bintang yang tahu cara meninggalkan jejak di karpet fesyen.
Day 2: Fazura
Pada hari kedua di mana pertunjukan Hattah Dolmat berlangsung, Fazura tampil anggun serba putih membawakan gaya minimal mewah dengan sentuhan kontemporari. Memadukan jaket berona putih dengan siluet lengan puff berperincian pleats halus, tampilan gaya ini memancar esen modesty fashion yang cukup memukau. Penggayaan hijab polos namun rapi serta tas tangan Hermes Kelly yang sepadan dengan rona putih gading busananya, melengkapi penampilan yang memancarkan aura sofistikasi dan selaras dengan persona elegan aktres ini.
Day 3: Mawar Rashid
Di pertunjukan The Melium, Mawar Rashid tampil dengan berbusana coklat yang menyuntik nada sofistikated. Mengenakan blazer oversized berpotongan kemas yang dipadankan dengan skirt mini dan turtleneck rona senada, Mawar membawa gaya sleek pada hari ketiga KLFW25. Kasut tumit tinggit tiletto putih klasik pula memberi kontras segar kepada palet warna earth-tone yang nyata elegan dan berkelas.
Day 4: Eyka Farhana
Pelakon terkenal Eyka Farhana membawakan gaya moden minimalis yang tetap menginjek elemen kemewahan santai. Mengenakan set koordinasi biru berkilau dengan potongan asimetri yang memanjang di sisi, siluetnya memberi kesan dramatis dan berstruktur. Tekstur fabrik yang memantulkan cahaya menambah dimensi visual, sementara tas tangan Ayaaya sebagai penata gaya tambahan menjadi kontras yang elegan buat penampilannya di pertunjukan Mimpikita.
Day 5: Datin Intan Najuwa
Berbusana dari koleksi Syomirizwa Gupta, Datin Intan Najuwa mencuri perhatian dalam helaian kot berpotongan panjang dengan material satin merah jambu. Ia dihiasi dengan sulaman floral pada bahu dan lengan yang menambah aura feminin pada penampilannya. Potongan slit tinggi memperlihatkan sisi sensual tanpa berlebihan, manakala butiran embroidery memberi sentuhan seni yang halus.
Day 6: Amelia Henderson
Di pentas pertunjukan Fiziwoo, Amelia Henderson tampil memikat dalam gaun berpotongan moden yang disulam dengan butiran renda dan manik putih yang rumit. Ia mencipta ilusi tekstur dan perincian yang halus. Potongan slit tinggi di bahagian kaki menambah sentuhan yang tampak mempersonakan dan siluet yang memeluk tubuh menyerlahkan keanggunan figura Amelia.
Day 7: Mimi Lana
Mimi Lana hadir memberi sokongan buat Masyadi Mansoor, mengenakan busana dari pereka itu yang menyuntik gaya avant-garde yang berani dan penuh statement di acara KLFW. Busana serba hitam dengan fabrik berkilat serta potongan oversized dramatik ini menampilkan siluet yang tidak konvensional, lantas menonjolkan sisi futuristik dan eksperimental. Ia ditambah pula dengan kaca mata hitam yang membawa keseluruhan penampilannya kelihatan cukup edgy, high fashion dan seperti bintang runway sebenar! Artikel berkaitan: ‘Rebirth’ RR By Rizman Ruzaini Menyapa Dunia Di Pentas KLFW 2025
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
