Salam anggun kepada semua pembaca! Saya amat berbesar hati dapat menyumbang kepada GLAM yang berada dalam kelasnya tersendiri dengan mutu intipati serta kualiti yang mengikut peredaran zaman.
Bercakap tentang peredaran zaman khususnya dalam industri fesyen tanah air memang banyak perbezaan positif yang saya lihat dari segi penerimaan sesuatu konsep terkini selari dengan gaya hidup yang semakin mencabar. Ini khususnya di bandar yang mana komuniti masyarakat lebih berfikiran terbuka dan mementingkan kualiti dari segi cara hidup, pergaulan sosial dan status.
Lain pula penerimaannya di kawasan luar bandar yang mana mereka mempunyai hasrat untuk berfesyen namun terkongkong dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk bereksperimentasi kerana takut diejek orang sekeliling dan juga keadaan persekitaran dan cara hidup yang lebih konservatif. Maka ini menjadikan prioriti mereka amat berbeza yang mana berfesyen dan melaram bukanlah kepentingan di tempat pertama.
Sebagai perunding imej, tanggungjawab saya adalah untuk memuaskan hati klien tidak kira dari bandar ataupun dari masyarakat kampung. Ini kerana matlamat utama saya ialah untuk menghasilkan seorang lagi individu yang berkualiti, profesional dan relevan dalam kehidupan mereka. Kebanyakkannya mempunyai tanggapan yang kurang tepat mengenai fungsi seorang perunding imej. Mereka sangka tugas saya hanyalah untuk mengajar orang tentang pakai baju dan pakai mekap sahaja. Itu hanyalah tugas seorang stylist bukan perunding imej profesional.
Seorang perunding imej profesional bukan hanya mengambil baju atau mekap dan menyuruh kliennya pakai mengikut sesuka hatinya. Banyak aspek lain yang dianalisa secara mendalam terhadap klien sebelum nasihat diberi seperti corak personaliti seseorang, tahap psikologi mental, gaya hidup, tahap kewangan, profesyen dan keperluan mengikut ciri-ciri yang ada pada diri mereka.
Dalam pada itu untuk menghasilkan imej positif secara pakej memerlukan keperluan skil komunikasi yang mantap dan persediaan dari segi mental, fizikal dan juga spiritual. Ini amat penting dan ini adalah tugas seorang perunding imej untuk mengajar cara-caranya. Ini juga termasuk menasihati klien tentang tahap kesihatan, pemakanan, senaman dan mungkin juga menukar corak hidup mereka.
Justeru keperluan untuk meningkatkan imej berbeza mengikut keperluan diri seorang individu berpandukan kehidupan harian mereka. Bagi saya pula, adalah satu kepuasan jika saya dapat melihat satu perbezaan yang ketara terhadap klien saya melalui konsultasi yang saya berikan.
Dalam menghasilkan imej yang positif, apa yang penting bagi saya ialah kita kembali kepada keperluan utama yang perlu ada dahulu dalam diri seseorang ialah menjaga kebersihan diri (personal hygiene). Bagi saya jika kita berpakaian paling mahal sekalipun kalau mempunyai masalah bau badan maka tiada gunanya. Seorang wanita yang mengabaikan kebersihan diri seolah-olah tidak menghormati diri mereka sendiri. Dan jika anda tidak menghormati diri sendiri maka jangan mengharapkan untuk dihormati orang lain. Ia seolah anda meletakkan nilai yang begitu rendah pada diri anda dan apabila ini berlaku maka tidak ada orang yang akan menaikkan nilai itu bagi pihak anda.
Ada pepatah Inggeris yang berbunyi, “If you want to be taken seriously, you have to take yourself seriously”. Saya berada di tempat saya pada hari ini adalah kerana saya begitu passionate dalam apa jua perkara yang dilakukan. To me, passion is key. Tanpanya, manusia akan melakukan sesuatu separuh jalan dan tidak bersungguh-sungguh. I like what I do and enjoy it. When you enjoy what you do everything becomes so easy and interesting.
Akhir kata dari saya, sayangilah diri anda dan persembahkan diri dalam keadaan yang terbaik apabila kita melangkah keluar dari rumah dan jadikanlah tabiat ini satu konsistensi diri setiap masa. Anda juga perlu menyayangi diri anda sendiri dahulu sebelum anda boleh menyayangi orang lain. All the best to everyone and stay positive!
Oleh: Datin Sharifah Shawati
Dipetik dari GLAM Februari 2013
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-D...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 06, 2026
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
BY Syafiqah Alkaf
Mar 30, 2026
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Me...
BY Amira Azman
Feb 11, 2023
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Palin...
BY Amira Azman
Feb 04, 2023
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
BY Amira Azman
Dec 28, 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah ...
BY Siti Syahidah
Mar 02, 2021
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
BY Faizal Hadi
May 31, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
