Gaya Maskulin Kendall Jenner Untuk Fendi
#GucciShowtime Meraikan Kegemilangan Era Muzikal Hollywood
Who Wore It Better: Rihanna Atau Emilia?
FENDI Peekaboo-K Buku Edisi Terhad Meraikan Beg Ikonik FENDI Peekaboo
“Food is Love”, Michael Kors Terus Beramal
Home > Fesyen > Semarak Cinta Anda Dengan LOVE Collection Dari Cartier

Semarak Cinta Anda Dengan LOVE Collection Dari Cartier

Sempena bulan meraikan cinta ini anda pastinya mengidamkan detik istimewa bersama si dia. Mengabadikan ikrar cinta anda berdua, pastinya kini menjadi lebih mudah dengan bantuan simbolik Cartier.

Mula dikomersilkan pada era 70-an gelang LOVE rekaan Aldo Cipullo kini menjadi pilihan ribuan pasangan dalam kembara mereka untuk membuktikan cinta masing-masing. Nama-nama besar seperti Liz Taylor dan Richard Burton, Sophia Loren dan Carlo Ponti serta ramai lagi telah memilih LOVE untuk meteraikan cinta antara satu sama lain.

  [envira-gallery id=”88700″]

Simboliknya pada gelang LOVE ini adalah ketiadaan mekanisme kancing pada gelang ini. Gelang istimewa ini dikunci hanya dengan menggunakan pemutar skru yang menjadi tunjang utama melambangkan komitmen berpanjangan.

 

Dengan rekaan unisex dan pendekatan minimalisme yang digilai ramai, koleksi LOVE sememangnya menggambarkan simbol cinta abadi tanpa batasan.