Related Stories
7 Sepatu Boots Bakal Breakout Pada Musim Luruh/Sejuk 2023 Ini
Pejam celik, sudahpun masuk musim fall/winter. Kali ini GLAM kongsikan sepatu boot wanita terbaik yang anda boleh cuba dalam penampilan.
Walaupun secara teknikal anda boleh memakai sepatu boot wanita pada bila-bila masa sahaja namun waktu musim luruh atau sejuk biasanya masa yang terbaik untuk memakai sepatu ini kerana ia bukan sahaja dapat membuatkan kita rasa warm, ia juga sangat chic!
Bahkan ada yang berpendapat almari musim luruh/sejuk tidak akan lengkap jika tiada sepatu boot kerana ianya selasa, serba boleh, kukuh, dan boleh dipakai dengan apa penampilan sekalipun.
Artikel Berkaitan : “Urban Layering”, Ekspresi Utama Onitsuka Tiger Musim Luruh 2023
7 Sepatu Boot Wanita Terbaik Fall/Winter 2023
Marilah kita semua mengucapkan sayonara yang kepada sandal dan helo kepada kasut boots yang lebih anggun dan lebih kukuh.1. Lug Sole Boots
Boot ini sentiasa mendapat perhatian orang ramai kerana bentuknya yang tampak sangat powerful. Boot ini mempunyai tapak yang chunky, lug dan platform di bawah yang memudahkan untuk berjalan tanpa rasa sakit.
Ia juga menampilkan bahagian atas yang kalis air dan lapisan yang tegang untuk mudah dipakai, muat dan selesa.

2. Fold Over Boots
Siluet high-fashion boot fold over ini adalah sangat funky dan juga kelihatan klasik. Anda mungkin pernah melihat sepatu boot wanita ini di seluruh tempat pada setiap tahun. Sekarang sudah kembalinya musim memakai boot dan anda mungkin akan melihat boot seperti ini lebih banyak pada musim Fall/Winter. Untuk anda yang tidak biasa melihat dan memakai boot ini, boot lipat ini ia seperti anda memakai seluar kerana boot ini mempunyai lapisan fabrik tambahan yang melilit di sekeliling kaki anda sehingan buku lali.
3. Knee-High Heeled Boots
Knee-High Heeled Boot ini semakin popular dan digemari oleh orang ramai apabila selebriti seperti Taylor Swift dan Beyonce memakainya di konsert jelajah mereka yang baru-baru ini. Gaya ini bukan sahaja akan memberikan anda retro vibes tetapi, ia juga menambahkan sentuhan feminine yang anda cari selama ini dan juga cukup selesa untuk dipakai sepanjang hari.
4. Cowboy Boots
Yee-Haw! Semestinya boot cowboy ini ada di dalam senarai kami! Melangkah ke musim fall/winter dengan gaya yang swagger yang sangat mengangumkan, boot ini pasti membuatkan anda tampak sangat bergaya. Walaupun boot ini datang dalam pelbagai warna dan gaya namun pilihan ton neutral sangat sesuai untuk gadis bergaya. Apa yang menarik tentang boot cowboy ini ialah ianya serba boleh kerana anda boleh memakainya dalam mana-mana musim. Ia boleh dipadankan dengan seluar jeans untuk penampilan kasual atau skirt atau pakaian untuk penampilan yang lebih formal.
5. Ankle Boots
Tidak kira apa pun trend yang datang, ankle boot antara wardrobe staples buat penggemar fesyen. Ianya kerana sepatu boot wanita ini sangat klasik dan tidak pernah ketinggalan zaman. Selain itu ankle boot ini sangat sesuai untuk dipakai kemana sahaja kerana ia memberi sokongan yang mencukupi. Kasut boot ini diperbuat daripada bahan tahan lasak dan berkualiti tinggi.
6. Pointed-Toe Boots
Pointed-Toe Boot akan menjadi sangat popular dan hangat untuk musim Fall/Winter 2023. Gaya kasut pointed-toe boot ini telah dilihat di seluruh fesyen runway pada tahun 2023 seperti Jimmy Choo mahupun Prada. Ia merupakan berita baik bagi kaum wanita yang lebih suka memakai boot berbanding heels. Lebih-lebih lagi sepatu boot wanita ini adalah pilihan yang sempurna untuk gabungan sexiness dan comfort. Boot ini sangat cantik jika dipadankan dengan skirt atau dress kerana ia membuatkan anda tampak sangat elegant.
7. Square-Toe Silhouette Boots
Square-Toe Silhouette boot telah wujud sejak dahulu lagi, terima kasih kerana jenama-jenama terkenal seperti Bottega Veneta, By Far dan lain-lain. Ia antara trend yang ramai jangkakan akan breakout dalam masa beberapa bulan nanti. Pereka bentuk seperti Adam Lippes dan Jacquemus menggemari bentuk boxy dalam koleksi musim Fall/Winter 2023 mereka. Trend boot ini merupakan alasan yang cukup untuk dipanggil sebagai trend green-lit untuk musim hadapan.
Artikel Berkaitan : “Urban Layering”, Ekspresi Utama Onitsuka Tiger Musim Luruh 2023
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
