Home > GLAM Plus > GLAM Junior > Simptom Kemurungan Selepas Bersalin
Gambar: INGimage
Masalah kemurungan selepas bersalin mempengaruhi satu ada dua wanita dalam setiap 1000 kelahiran. Ia tidak berlaku kepada setiap wanita namun ia boleh berlaku kepada seseorang ibu yang bersalin kali kedua atau seterusnya walaupun tidak mengalaminya sebelum ini. Risiko menghadapi kondisi ini bergantung kepada daya ketahanan mental seseorang dan emosinya selepas melahirkan anak. Apakah kemurungan selepas bersalin? Kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah perasaan sedih yang melampau, mudah penat secara mental mahupun fizikal atau cepat marah atas perkara kecil. Ini sering terjadi pada ibu yang baru melahirkan anak. Disebabkan kemurungan yang melampau ini, anda mungkin mengalami kesukaran dari segi emosi untuk menjaga dan mengasihi anak dengan baik. Ia boleh berlaku beberapa hari selepas melahirkan anak dan berlanjutan sehingga dua minggu atau lebih. Kemurungan postpartum ini boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya termasuk perubahan hormon yang mendadak dalam badan selepas melahirkan serta tekanan dalam kehidupan seharian, terutamanya jika anda tidak mendapat sokongan atau pertolongan dalam menjaga bayi daripada suami atau kaum keluarga. Malahan, faktor sokongan dari keluarga berkait rapat dengan kehadiran kondisi ini kerana ia bergantung kepada tahap kekuatan mental si ibu. Bagi mereka yang redha dengan apa jua masalah yang mungkin timbul selepas kelahiran bayi, contohnya masalah bayi tidak tidur malam atau masalah sukar menyusu, lebih mudah mengelak daripada rasa kemurungan kerana menganggap ia perkara biasa yang dilalui semua ibu. Tanda-tanda Kemurungan Postpartum Perhatikan jika ada ahli keluarga yang baru bersalin atau anda sendiri mengalami simptom-simptom kemurungan selepas bersalin seperti berikut:- Perasaan sedih atau putus asa yang melampau dan tidak berasas
- Badan berasa terlalu penat atau lesu
- Sama ada kurang selera makan, atau asyik lapar dan selera makan tidak terkawal
- Tidak boleh menumpukan perhatian dalam melakukan kerja
- Menangis tanpa sebab
- Insomnia
- Rasa benci atau marah terhadap suami atau ahli keluarga walau atas perkara remeh
- Berasa benci atau menyampah kepada anak, mungkin sehingga tidak dapat menyusukan anak
- Merasa negatif terhadap diri sendiri atau anak.
- Bagi yang mempunyai simptom lebih serius, wanita tersebut mungkin mengalami kondisi psikosis.
- postpartum, di mana mungkin pernah terlintas perasaan mahu membunuh diri atau anak, mendengar suara ghaib atau mengalami halusinasi atau delusi. Untuk kes sebegini, si ibu perlu dapatkan rawatan doktor pakar secepat mungkin sebelum dia membahayakan diri sendiri atau anaknya.
- Tolong menjaga isteri ketika pantang terutamanya jika ibu atau ibu mertua tidak dapat membantu atau menemani.
- Tolong isteri jaga anak, contohnya memandikan anak dan menukarkan lampin, serta melayan anak-anak yang lain agar tidak mengganggu ibu mereka.
- Membantu menguruskan hal rumah tangga.
- Tidak mendesak isteri segera mengandung selepas kelahiran anak. Tunggu sekurang-kurangnya dua tahun untuk beri masa isteri kembali sihat dari segi fizikal dan cukup rehat dari segi mental.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
OiYO Holiday Pals: Koleksi Ceria Baharu Untuk Si K...
BY Farhana Fuad
Oct 27, 2025
GLAM Junior: Syed Armand Mateen Cahaya Mata Sulung...
BY Julia Azman
Sep 23, 2025
5 Hotel Mewah Mesra Kanak-Kanak Terbaik Di Malaysi...
BY Julia Azman
Sep 12, 2025
5 Tanda Awal Keguguran Patut Ibu Peka
BY Julia Azman
Aug 30, 2025
Elak Mual First Trimester: 5 Makanan Wajib Ada Dal...
BY Julia Azman
Aug 27, 2025
Koleksi Stitch x Montigo Edisi Terhad Untuk Pemina...
BY Farhana Fuad
Jun 13, 2025
Muhammad Faliq: Anugerah Terindah Puteri Aishah
BY Yusairi Fitri
Feb 21, 2025
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
