Loading media...

Unable to load content
Elemen Segar Buat Sudut Tersendiri
Banglo New Jersey, Muhammad Ali Bakal Dijual
Behind the Scene – Resepi Warisan Kafe Bawang Merah
Pemilihan Fabrik Cadar Penting Untuk Tidur Yang Sempurna
Tip Memilih Material Yang Sesuai Untuk Kabinet Dapur
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Sinkeh Idea Seni Bina Kontemporari

Sinkeh Idea Seni Bina Kontemporari

Sinkeh Model

Model rekaan untuk Sinkeh.

 

Tahun ini menandakan satu lagi kejayaan hebat yang berjaya dilakar oleh firma rekaan Veritas apabila mereka menerima anugerah untuk Building Of The Year dari Pertubuhan Arkitek Malaysia atau PAM. Ini merupakan kali pertama anugerah ini diberikan setelah ia diperkenalkan tahun lalu. Selain anugerah utama projek ini turut merangkul Anugerah Emas untuk kategori Pengubahan & Penambahan (Alteration & Addition). Projek yang berjaya memikat hati juri ini merupakan sebuah sebuah bangunan kedai dari zaman Kolonial yang membawa gaya yang sama dari segi seni binanya dan menerima transformasi menjadi butik hotel yang dilengkapi ruang khusus untuk penggiat seni. Pavilion tiga tingkat telah di bina tanpa menyentuh dinding antara ruang hadapan dan ruang belakang yang telah dirobohkan.  Rekaan yang menampilkan penggunaan cahaya semula jadi sebagai sumber utama pencahayaan ini sememangnya menarik untuk anda nikmati. Projek ini diketuai oleh Principal Lilian Tay.Jika anda berkunjung ke bandar Georgetown, jangan lupa untuk menginap di Sinkeh, 105 Malay Street.