Loading media...

Unable to load content
O.T.A. Paris: Daripada Sushi Menjadi Sneakers?
Kompilasi Kempen Musim Bunga/Panas 2025 Setakat Ini
GLAM x COACH 2017
Ini Perincian Tentang Mahkota & Rantai Berlian Dayang Anisha
Best Dressed Selebriti Di Billboard Music Awards 2017
Home > Fesyen > Skarf Terbaik Buat Sambutan Raya Tahun Ini!

Skarf Terbaik Buat Sambutan Raya Tahun Ini!

Inspirasi skarf mewah dari Dior, Louis Vuitton, Hermès, Chanel dan banyak lagi buat gaya Raya yang anggun dan sofistikated.

Memilih skarf mewah buat lebaran bukan hanya pada jenama, tetapi bagaimana helaian itu melengkapkan personaliti. Dalam suasana Syawal yang meraikan keindahan dan kebersamaan, sentuhan sutera daripada Dior, Louis Vuitton, Hermès atau Chanel memberi kemasan akhir yang halus dan bermakna. Sama ada digayakan sebagai tudung, lilitan leher, selendang bahu atau aksesori beg, helaian sutera daripada rumah fesyen agung sentiasa memberi sentuhan eksklusif yang sukar ditandingi. Ini adalah skarf mewah yang boleh dijadikan pelengkap gaya lebaran tahun ini!

Dior

skarf raya

Skarf sutera Dior dengan corak Lily of the Valley merupakan pilihan bunga paling dekat dengan Christian Dior kerana ia melambangkan tuah dan rezeki yang baik.

Louis Vuitton

Skarf koleksi So Shine Monogram yang boleh digayakan dari siang hingga ke malam taruhan Louis Vuitton kerana menggunakan benang dan sutera berkilat.

Chanel

skarf raya

Skarf sutera ilham Chanel dengan grafik bunga kreatif ini menjelmakan aura eksentrik ayu pada wanita.

Hermes

Skarf Harnais Legendaire berkarisma ini direka oleh Daiske Nomura membawa satu emosi yang cukup unik.

Gucci

Skarf yang dikeluarkan melalui koleksi La Famiglia buat musim bunga/panas 2026 mengangkat kod cetakan Gucci yang ikonik.

Celine

Musim ini Celine menaruhkan skarf sebagai elemen penting dalam penataan gaya mereka seperti skarf dengan corak monogram yang digandingkan dengan logo kuda mereka.

Loewe

Corak donut dengan logo huruf LOEWE digandingkan dalam satu cetakan dan uniknya skarf ini ada Pesona Anagram Pebble boleh tanggal yang diletakkan kemas di bahagian hujung kain.