#StayHomeWithGD: Resipi Auntentik Asia Mama San
Rempah-ratus, bahan-bahan segar dari serantau Asia dimasak dengan teknik dan warisan turun-temurun menjadi taruhan gelanggang gastronomi ciptaan Chef Will Meyrick untuk Mama San. Gaya masakan jalanan orang Cina, Indonesia, India, Melayu, Singapura, Thailand, Kemboja dan Vietnam diperkemaskan semula oleh Meyrick dalam membentuk barisan menu kulinari moden Asia di Mama San.
Mama San bertapak di Bali sebelum melebarkan sayap antarabangsa pertamanya di kota metropolitan Hong Kong, kemudian Kuala Lumpur. Antara menu enak mesti cuba adalah Salad Pomelo, Rendang Daging, Dendeng Balado, Ayam Sambal Hijau Padang, Ikan Siakap Masam Manis, Murtabak Kambing dan aneka jenis mee seperti Phad Thai, Radna dan Pho memikat selera. Buat yang mahukan rasa lokal, Nasi Lemak, Lontong dan Cekodok Pisang antara yang boleh dinikmati kala sarapan sehingga waktu minum petang. Strategik dalam pusat beli-belah Suria KLCC, menghadap landskap luar – air pancut, anda boleh memilih untuk duduk di luar sambil menghirup udara segar atau melabuhkan tubuh dalam interior cosy elegan.
Mama San menterjemahkan warna-warni gemilang kuliner gaya jalanan – atmosfera kesibukan pasar-pasar dan lorong di sekitar kota Jakarta, Hanoi, Bangkok dan Delhi dalam interior restoran. Bibit-bibit nostalgia era kolonial lama terlihat jelas menerusi odisi memoir fotografi hitam dan putih. Gabungan material kayu, tembaga dan kulit adaptasi gaya perindustrian moden. GLAM Deko kongsikan resipi Mama San yang popular iaitu Salad Pamelo dan Ikan Siakap bersama Kuskus & Asparagus.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

