Terapan Elemen Minimal Dan Kebebasan Melalui Koleksi Musim Bunga/Panas ’18 Emporio Armani

Sentiasa berusaha mengekalkan inti pati prinsip Emporio Armani, koleksi musim Bunga/Panas 2018 mereka menampilkan ceraian-ceraian yang melambangkan kebebasan yang hanya boleh dikecapi melalui visi unik rumah fesyen ini.
Setiap satu ceraian memberikan rupa kontemporari dengan menggunakan volume dan rona-rona tepu yang serasi dengan musim Bunga/Panas di serata dunia. Antara ceraian utama yang menjadi pilihan adalah seleksi windbreakers, kot dusters, dress dan pelbagai lagi yang boleh dipadankan dengan elemen kesukaan anda sendiri. Koleksi ini juga meraikan pelbagai aspek fesyen feminin yang mementingkan ketelusan pada diri sendiri.
Koleksi musim Bunga/Panas Emporio Armani 2018 ini juga mengalakkan golongan wanita untuk menyelami diri mereka serta mengenali setiap pelosok personaliti mereka tanpa perlu merasa segan terhadap pendapat dan standard yang dikenakan kepada mereka oleh dunia.
Mesej utama koleksi ini: Playing with fashion, without forsaking beauty. Klik seterusnya.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

