#OOTD Kuala Lumpur Fashion Week 2017 Day 2!
B Bounce Bersama Burberry
Louis Vuitton Women’s Spring Summer 2024 Show Livestream
BONIA dan Lisa Wong, Serlah Gaya Tahun Baru
Bright Vachirawit Takluki Kota London Bersama Burberry
Home > Fesyen > Berita > The New Roseau

The New Roseau

Longchamp menawarkan gaya baru koleksi Roseau yang mana rekaannya menggabungkan rasa ringkas bersama cetusan indah elegan. Beg Roseau yang baru ini mencedok stail daripada dunia sukan untuk tampil mengikut trend muda sekarang. Hiasan yang ikonik berbentuk buluh diberi tugas baru yakni sebagai gancu kepada beg Roseau. Bagi menaikkan lagi status beg ini, Longchamp memberi julang seni artisan mereka dalam menghasilkan beg yang ringkas dan hanya bergantung pada penggunaan material kulit mewah. Ia diperbuat daripada kulit anak kambing dan disertakan dengan tali hitam untuk menambah pengasan gaya. Tiga rekaan yang berbeza menyuntik cita rasa dunia kesukanan yang elegan dan minimal.