Loading media...

Unable to load content
DIOR Autumn Winter 24 Show #DiorAW24 Livestream
Cruise 2020: Louis Vuitton jadikan lapangan terbang JFK di New York sebagai runway
7 Trend Takluk Musim Lebaran 2017!
Kolaborasi Koleksi Tekstil Louis Vuitton
LISA BLACKPINK Tampil Futuristik di Coachella dengan Sentuhan Teknologi Tinggi
Home > Fesyen > Tiffany & Co. Lancar Koleksi Baru ROSÉ Edition

Tiffany & Co. Lancar Koleksi Baru ROSÉ Edition

Tiffany & Co. memperkenalkan Tiffany Lock ROSÉ Edition yang diilhamkan oleh duta jenama ini dan superstar global, ROSÉ. 

Reka bentuk eksklusif koleksi terbaru ini memberi penghormatan kepada nama penyanyi Blackpink ini dan ditawarkan dalam empat gaya berbeza dengan rona rose gold 18k dan nilam rona merah jambu yang sangat jarang ditemui. Batu permata ini dipilih khas kerana ia melambangkan cinta dan kuasa.

Tiffany & Co. Lancarkan Koleksi Baru ROSÉ Edition

Koleksi Kapsul Tiffany & Co. Tiffany Lock ROSÉ Edition

Diinspirasikan oleh padlock dari tahun 1883, Tiffany Lock ialah ekspresi reka bentuk dan kraftangan jenama yang tiada tandingannya, memberi penghormatan kepada warisan tersohor tukang emas.

Ungkapan baharu etos ini, Tiffany Lock ROSÉ Edition menampilkan nilam rona merah jambu sebagai permata utama. Dibezakan dengan siluet anggun, kapsul ini turut ditawarkan dalam gelang kunci klasik, sepasang anting-anting dan loket yang ditawarkan dalam versi kecil atau sederhana.

1. Rantai Tiffany Lock ROSÉ Edition

Tiffany & Co. Lancarkan Koleksi Baru ROSÉ Edition

2. Gelang tangan Tiffany Lock ROSÉ Edition

Tiffany & Co. Lancarkan Koleksi Baru ROSÉ Edition

3. Anting-anting Tiffany Lock ROSÉ Edition

” Ia adalah satu penghormatan untuk memberi inspirasi kepada koleksi kapsul untuk Tiffany,” kata ROSÉ. “Sangat teruja untuk melihat koleksi Lock ikonik dibuat semula dengan batu permata yang jarang ditemui dan saya teruja untuk berkongsi projek yang menyeronokkan ini dengan peminat saya dan juga peminat koleksi Lock”.

Dengan lebih daripada 300 kedai retail di seluruh dunia dan tenaga kerja lebih daripada 13,000 pekerja. Tiffany & Co. mengeluarkan dan memasarkan barang kemas, jam tangan dan juga aksesori yang mewah.

Hampir 5,000 tukang mahir memotong berlian Tiffany dan barang kemas kraf di bengkel mereka sendiri, merealisasikan komitmen jenama terhadap kualiti superlatif.

Tiffany Lock ROSÉ Edition dilancarkan di gedung Omotesando House yang baharu di Tokyo pada 9 September. Pada 15 September, koleksi kapsul itu akan tersedia di China, Korea dan di The Landmark di New York City. Ia juga ditawarkan kepada pelanggan di seluruh dunia bermula 1 Oktober.

Artikel Berkaitan : Kempen Tiffany & Co. Baru Dibintangi Oleh Rosé & Jimin