Tod’s Membawa Kendall Jenner dan Roberto Bolle Merasai Keindahan Musim Panas

Berlatarbelakangkan panorama menawan musim panas di tepi pantai, model Kendall Jenner dan penari Roberto Bolle dilihat meluangkan masa bersama menikmati keindahan yang ditawarkan oleh Malibu. Dirakam oleh Baron & Baron, Jenner dan Bolle mengenakan ceraian daripada koleksi musim Bunga/Panas 2018 Tod’s sambil mereka berlari-lari anak di persisiran pantai dengan gelak tawa mereka yang memeriahkan lagi kempen ini. Dengan konsep 1970-an yang nyata dalam koleksi mereka, Tod’s ingin menonojolkan suasana musim panas di Itali dengan koleksi terbaru ini. Mengekalkan signatur dan kemahiran mereka dalam penggunaan kulit, koleksi Bunga/Panas 2018 Tod’s kali ini ditambah dengan elemen elegan.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

