FENDI Lancarkan Tas Tangan Idaman Wanita FENDI C’mon
Keluarga Kardashian Mendahului Carta Gaya Krismas!
Trend Kecantikan Pilihan Glam di Minggu Fesyen New York Musim Bunga/Panas 2020
Fenomena Baru Fesyen Mewah
GLAM FIRST: LOEWE Spring/Summer 2022
Home > Fesyen > Trench Coat Menjadi Ikon Utama Di Pertunjukan Burberry Winter 26

Trench Coat Menjadi Ikon Utama Di Pertunjukan Burberry Winter 26

Pentas peragaan Burberry Winter 2026 menonjolkan ikon trench coat ikoniknya di Minggu Fesyen London, memadukan gaya kontemporari yang penuh kekinian dengan keanggunan malam kota London.

Dalam tahun keempatnya di Burberry, waktu yang sering digelar sebagai “sweet spot” untuk meneguhkan visi kreatif, Daniel Lee mempersembahkan koleksi musim sejuk 2026 yang dinanti-nantikan ramai. Menjadi pertunjukan penutup London Fashion Week, Lee menamatkan minggu fesyen itu dengan penuh gemilang, hit demi hit, langkah demi langkah di landasan yang memukau. Setiap penampilan memancarkan karakter, memberi nyawa pada suasana malam London, lantas membuktikan bahawa setiap busana yang dipersembahkan bukan sekadar pakaian tetapi cerita tentang pergerakan, gaya dan individualiti.

Burberry Winter 26: Keanggunan Trench Coat Dan Malam London

Pertunjukan berlangsung di Old Billingsgate, mercu tanda tepi utara Sungai Thames. Set direka untuk meniru lanskap bandar London, dari seni bina ikonik hingga denyut kehidupan jalanan. Replika Tower Bridge muncul menentang scaffolding bersalut corak check Burberry, sementara resin yang membentuk lopak air menyerupai jalan basah selepas hujan, nyata mencipta suasana malam yang memikat. Pencahayaan biru gelap, kerusi baldu hitam serta atmosfera elegan menjadikan setiap detik di landasan seperti pengalaman sebenar keluar malam di kota London. Lee menekankan, “Everyone’s going somewhere. Everyone’s going out,” menyampaikan naratif koleksi sebagai refleksi kehidupan urban yang berdenyut, penuh individualiti dan personaliti tersendiri.

Dalam 56 penampilan yang dipersembahkan, Daniel Lee menekankan trench coat sebagai inti koleksi. Ruffled trench coat dipakai sebagai dress atau disarung dengan tali pinggang, digayakan dengan Mary Jane heels dan stoking sheer, lantas memberikan keseimbangan antara feminin dan urban. Outerwear shearling dengan potongan tepi kasar meluncur dengan mudah di atas silk dress atau leather pants, menekankan gaya London yang effortless dan santai. Untuk sentuhan glamor, Lee menambah fringe, manik, sequins dan tassel embroidered, yang mana menambah tekstur dan kilau kepada penampilan malam yang berani.

Palet warna yang gelap dan kaya, terdiri daripada tonal jewel deep, menambah kedalaman pada koleksi, menegaskan kehalusan malam London yang bergaya. Koleksi Burberry Winter 26 ini bukan hanya mempersembahkan pakaian, tetapi membawa naratif urban yang berdenyut, di mana fesyen dan kehidupan malam yang bersatu. Daniel Lee membuktikan bahawa dalam setiap trench coat, silk dress, dan outerwear shearling, ada cerita tentang perjalanan, gaya peribadi, dan kemegahan kota London. Koleksi Burberry Musim Sejuk 26 ini adalah cermin untuk mereka yang menggemarkan ‘going out’ dan mengekspresikan diri, merasai kehidupan serta berjalan dengan penuh keyakinan di bawah lampu neon dan langit malam kota yang glamor.

Artikel berkaitan: Burberry Menyambut Tahun Kuda Dengan Warisan Dan Elegansi Moden