Bella Hadid “Mengelak” Selena Gomez dan The Weeknd Sepanjang Malam di MET Gala?
GLAM Fashion Future 2016 Raikan Pereka Fesyen Lokal
Alexander “The Ripper” McQueen
Raf Simons Sah Sebagai Pengarah Kreatif Calvin Klein.
Jennifer Lawrence Terus Menggali Kubur Sendiri

Kendall Jenner Merangkul Gelaran Fashion Icon of The Decade

Kendall Jenner mula melangkah ke dunia peragaan untuk jenama kakaknya, Smooch, namun itu bukanlah pertunjukan rasmi pertamanya. Minat Jenner kepada industri ini mula mendalam apabila dia memperagakan koleksi Sherri Hill pada tahun 2011 di mana dia turut berkongsikan keterujaannya pada akaun Twitternya.

 

Selang setahun selepas itu namanya terus melonjak naik dan dia mula menjadi kegemaran ramai pereka fesyen walaupun sering diherdik dek kerana kaitannya bersama rancangan realiti popular Keeping Up With the Kardashians.

 

"Saya perlu bekerja lebih keras untuk mencapai matlamat saya kerana orang ramai enggan memandang saya secara serius kerana rancangan tersebut," ujar gadis berusia 22 tahun itu.

 

Kini dengan enam tahun pengalaman dalam dunia yang berarus laju ini dan 89 pertunjukan fesyen, Jenner telah diberi penghormatan dengan anugerah "Fashion Icon Of The Decade" oleh Daily Front Row's Fashion Media Awards sempena NYFW.

 

GLAM mengimbas kembali detik-detik menawan Jenner tatkala dia berada di atas pentas peragaan doing what she loves most, menjadi seorang model.

7 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse
7 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse