Ketibaan Putera Baru Dalam Kerabat Diraja England Membuatkan Orang Ramai Teruja

Gambar John Rainford/WENN.com
Dengan kesibukan pihak istana dengan persiapan perkahwinan Meghan Markle dan Putera Harry, mereka nampaknya kini berehat sebentar untuk meraikan kehadiran cahaya mata ketiga Duke dan Duchess of Cambridge yakni seorang putera yang dilahirkan pada jam 11:01 pagi di Hospital St. Mary semalam.

Gambar David Sims/WENN.com
Berita gembira ini diumumkan oleh pihak Istana Kensington sendiri dengan kemas kini yang diberikan sehingga saat Putera George dan Puteri Charlotte tiba di perkarangan hospital untuk melawat bonda dan adinda mereka.
Kate Middleton dan putera kecilnya juga dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat. Proses kelahiran juga dikatakan berlangsung dengan lancar dengan kehadiran Putera William di sisi isterinya.
Kelahiran putera ini juga bermakna dia berada di tempat kelima sebagai waris kepada takhta diraja England itu. Jika dulu adik lelaki boleh melepasi kakak mereka dalam barisan sebagai waris, kini tidak lagi dengan penggubalan undang-undang baru yang diperkuatkuasakan.
Selain disambut gembira oleh rakyat serata dunia, kaum kerabat diraja juga tidak dapat menyorokkan keterujaan mereka sendiri. Ratu Elizabeth yang baru sahaja menyambut hari lahir ke-92 dan suaminya, Putera Phillip, merasa gembira dengan kelahiran putera ini sambil menunggang kuda tatkala dia menerima berita gembira ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026
