fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Paul Andrew menggalas tugas baru di Salvatore ferragamo
Kolaborasi Eksklusif Laverne Cox dan Beyoncé
Parti Hari Jadi Mewah JLo dan Teman Baharunya!
Rihanna Dinobatkan Harvard University Humanitarian of the Year
Kim Kardashian dan Kylie Jenner Punyai Kembar?

Pemergian Stan Lee Meninggalkan Legasi Besar Kepada Dunia Hiburan

Awal pagi Isnin (waktu Los Angeles), dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita pemergian ikon Marvel Stan Lee.

 

Pemergian mengejutkan ini adalah ikutan laporan beberapa bulan lalu tentang kesihatan penulis dan pengarang komik terkenal ini apabila dia dimasukkan ke hospital pada bulan Februari yang lalu. Namun Lee sempat menyatakan pihak umum tidak perlu risau.

 

Lee memulakan kerjayanya dalam industri komik sejak tahun 1940-an lagi and the rest is history. Inovasi Lee dalam industri ini telah melahirkan puluhan watak ikonik yang menjadi dambaan dan pujaan serata dunia. Dari Spider-Man ke Iron Man hingga ke Black Panther, Lee telah meninggalkan legasi yang besar buat peminatnya.

 

Malah Lee juga menerima perhatian untuk penampilan istimewanya dalam setiap filem Marvel yang dikeluarkan, terutamanya pada detik-detik klimaks filem tersebut. Making him even more memorable.

 

Ikutan berita menyedihkan ini aktor dan aktres yang pernah bekerjasama dengan legenda ini berkongsikan kesedihan mereka melalui akaun media sosial.

16 of 24
Use your ← → (arrow) keys to browse
16 of 24
Use your ← → (arrow) keys to browse