Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
Wanita generasi kini mendekati proses anti penuaan sebagai satu ritual mewah, di mana setiap titisan serum dan sapuan krim menjanjikan kulit yang lebih tegang, halus dan berseri.
Keinginan untuk mengekalkan kulit yang firm, anjal dan tampak muda telah menjadi satu bentuk pelaburan gaya hidup. Wanita moden kini lebih selektif dalam memilih produk anti penuaan yang bukan hanya berdasarkan janji, tetapi pada formulasi berteknologi tinggi dan bahan aktif eksklusif. GLAM senaraikan 5 produk anti penuaan yang boleh membantu anda mengekalkan kulit yang lembap sempurna dan plump!
Ini Rangkaian Produk Anti-Aging Untuk Kulit Berseri!
1. Lancôme Génifique Ultimate Serum

Serum ini hadir bersama fungsi untuk menguatkan dan memulihkan lapisan kelembapan kulit secara serta-merta, sekali gus membantu kulit anda tampak lebih sihat dan muda. Diformulasikan dengan bahan berkualilti tinggi seperti Hyaluronic Acid, Vitamin Cg serta gabungan pre- dan probiotik, produk ini membantu memperbaiki kualiti kulit anda secara menyeluruh. Daripada meningkatkan seri hingga mengurangkan penampilan garis halus serta kedutan, penggunaan serum ini membantu kulit anda kelihatan lebih anjal, halus dan radiant. Lantas, Lancôme Génifique Ultimate Serum adalah antara serum anti-kedut yang paling penting dalam ritual kecantikan harian anda.
2. Clarins Double Serum Light Texture

Clarins Double Serum Light Texture merupakan serum anti-penuaan bertekstur ringan yang direka sesuai untuk kulit kombinasi hingga berminyak serta dipakai sewaktu cuaca panas. Dengan formula yang 50% lebih ringan berbanding formula Double Serum dahulu, serum ini menawarkan lima fungsi utama kulit iaitu hidrasi, nutrisi, pengoksigenan, regenerasi dan perlindungan. Oleh itu, ia membantu kulit anda menjadi lebih halus, tegang dan berseri dalam masa hanya 7 hari. Ia turut membantu memperhalus tekstur kulit serta mengecilkan penampilan pori-pori. Teksturnya yang ringan membuatkan anda terasa seolah-olah tidak memakai apa-apa pada kulit.
3. Peter Thomas Roth Instant FIRMx® Eye Temporary Eye Tightener Easy-Wear Formula

Peter Thomas Roth Instant FIRMx® Eye Temporary Eye Tightener Easy-Wear Formula direka untuk memberikan kesan segera dalam mengurangkan penampilan bengkak bawah mata, garis halus, dan kedutan. Bersama aplikasi yang mudah dan selesa dipakai, ia memberikan efek sementara yang tahan lama tanpa meninggalkan sisa atau rasa tegang pada kulit. Diformulasikan bersama bahan seperti Glycolic Acid dan Peptides,ia sesuai untuk semua jenis dan tona kulit. Sesuai digunakan di bawah solekan, ia membantu menjadikan mata anda tampil lebih segar dan licin dalam masa singkat.
4. Augustinus Bader The Rich Cream

Augustinus Bader The Rich Cream menggabungkan teknologi TFC8® serta bahan botani yang kaya nutrien untuk memberikan kelembapan intensif dan penjagaan anti-penuaan yang menyeluruh pada kulit anda. Dirumus khas untuk kulit kering atau berumur, produk ini membantu memberikan kelembapan, menyokong proses pembaharuan sel serta menyerlahkan penampilan kulit yang lebih segar dan sihat. Dengan pendekatan clean beauty, ia bukan sekadar melembapkan tetapi turut membantu memperbaiki kualiti kulit dari dalam, menjadikan tekstur lebih anjal dan tampak lebih youthful dari masa ke masa.
5. SK-II Skinpower Advanced Airy Cream

SK-II Skinpower Advanced Airy Cream merupakan krim anti-penuaan bertekstur ringan yang direka untuk memberikan kelembapan tanpa rasa berat pada kulit. Diperkaya dengan PITERA™ serta bahan aktif terpilih, ia membantu menyokong keanjalan kulit, memperbaiki tekstur serta menyerlahkan rupa kulit yang lebih halus dan bertenaga. Dengan formula “airy” yang cepat meresap, produk ini sesuai untuk digunakan dalam cuaca lembap kerana ia tidak melekit dan tidak menyumbat pori anda. Hasilnya, kulit terasa lebih segar, anjal dan berseri sepanjang hari.
Artikel berkaitan: Cara Baru Untuk Lindungi dan Rawat Kulit Anda Setiap Hari
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
