Related Stories
Home > Cantik > Rencana Cantik > Bahana Selaran UV
Sinar UV musuh utama kulit. Oleh itu, kulit sentiasa memerlukan sapuan pelindung sinar yang sesuai supaya ia terhindar dari noda mahupun cela. Ketahui kaedah lain yang membuatkan aktiviti jemuran tubuh lebih selamat lagi menyeronokkan!
Gambar oleh Leon, GLAM Malaysia
Seksanya bukan kepalang! Tanda-tanda merah, sakit bila bersentuh malah parut juga tertinggal lama! Tidak, ia bukan suatu yang mahu dialami semua wanita sebaik pulang berekreasi atau beraktiviti di bawah panas. Merasai keseronokan berpanjangan juga membawa pulang kenangan paling abadi. Anda amat memerlukan produk sakti bagi merungkai segala ketakutan yang membataskan keseronokan kala berlibur. Persiapkan diri agar anda tidak perlu berhadapan dengan komplikasi ini. Lakukan kajian bagi memenuhi kebimbangan anda sebelum membeli mana-mana pelindung matahari. Pertamanya, pilih pelindung matahari yang sesuai untuk kulit anda. Semak tahap SPF pelindung matahari anda. SPF , atau “faktor perlindungan matahari” nombor, bertentangan dengan kepercayaan popular, tidak menandakan betapa kuat tahap SPF itu. Secara teori, ia memberitahu berapa lama kulit anda akan dilindungi. Perlu diingat! SPF bukan unsur kumulatif. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan pelindung matahari dengan SPF 15 dan SPF 20 boleh memberi perlindungan yang lebih baik, tetapi ia tidak akan mendapat manfaat SPF 35. SPF 30 + sudah mencukupi untuk berjemur di tepi pantai juga kolam. Kemudian, anda disarankan untuk memilih kedua-dua perlindungan UVA dan UVB. Produk dengan pelindung ini menghalang kedua-dua jenis cahaya ultraungu yang merosakkan kulit. Jika anda ingin melakukan aktiviti renang, adalah disarankan supaya anda memilih pelindung sinar kalis air. Namun begitu tiada pelindung matahari terbukti benar-benar kalis air, jadi anda perlu menyapu dengan lebih kerap, mengikut arahan produk. Terdapat pelbagai format pelindung matahari membanjiri pasaran namun pakar-pakar kecantikan mempertimbangkan format krim paling memberi manfaat berkesan. Dalam memilih pelindung matahari untuk kanak-kanak dan kulit sensitif pula, anda perlu berhati-hati kerana umum berpendapat, pelindung matahari tidak sesuai untuk bayi di bawah enam bulan. Baca label untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut. Pelindung matahari yang mengandungi zink dan titanium dikatakan paling selamat dan kurangnya reaksi alergi pada kanak-kanak dan orang-orang dengan kulit sensitif.
Gambar oleh Leon, GLAM Malaysia
See Also
AWAS!
• Usah sapu pelindung sinar terlalu rapat dengan mata. Jika berlaku, cuci segera dengan air sebersihnya. • Jika mata berair, kulit menjadi merah dan reaksi lain, anda mungkin mengalami reaksi alergi. Tukar kepada pelindung matahari untuk kulit sensitif atau dapatkan nasihat doktor. • Apabila ski atau snowboarding, selaran matahari pada wajah adalah amat tinggi. Jika anda merancang untuk memanjat gunung tidak kira musim, usah lupa pelindung sinar. • Sapukan perlindungan matahari walaupun bermusim sejuk dan mendung apabila anda meninggalkan rumah dan pilih pelindung matahari yang bebas paraben. *Artikel ini disiarkan dalam GLAM Mei 2014Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
