KKW Beauty Bakal Tandingi Empayar Kylie?
There is a new kid on the beauty block: KKW Beauty.

Selepas adik tirinya membangunkan empayar persolekan, Kim Kardashian bakal melancarkan rangkaian mekapnya sendiri tidak lama lagi. Ramai berspekulasi bahawa akan terdapat persaingan antara adik-beradik dari keluarga “diraja” Hollywood itu. Hal ini kerana Kylie Jenner, pengasas Kylie Cosmetics sudahpun menggegarkan dunia persolekan dengan produk-produknya yang menjadi holy grail para gadis fesyen.
Pada penghujung minggu lepas, Kim Kardashian mengumumkan kit kontur hasil KKW Beauty, yakni jenama barangan kecantikan beliau. Kit kontur tersebut berbentuk seperty hibrid antara span dan blending tool — setiap satu didatangkan dengan pena kontur dan highlighter dalam satu. Kim juga telah mengumumkan tona-tona warna yang bakal dilancarkan — Light, Medium, Dark dan Deep Dark.
Kit kontur ini bakal dilancarkan pada 21 June ini, pukul 9 pagi PST di laman web jenama tersebut, kkwbeauty.com pada harga $48 (RM205) setiap satu.
Walaupun adik-beradik jelita ini masing-masing keluarkan produk mekap, namun mereka berada di spektrum yang berbeza — Kim lebihkan kepada mekap asas, iaitu buat muka dan Kylie mengetengahkan palet pembayang mata serta kit gincu berkemasan matte yang digilai ramai. Namun, mungkinkah Kim Kardashian mengikut jejak langkah Kylie serta beri impak yang sama (atau lagi besar)? Biar masa berbicara.
[soliloquy id=”67282″]
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
