5 Tips Glow Up Sebelum Lebaran
Lemak Bergayut Di Lengan? Ini Tip Mudah Hilang Dengan Cepat
5 Tatarias Nail Art Terbaik Boleh Anda Cuba Bulan Ini!
Trend Kuku Chrome Untuk Tahun 2017
Perhiasan Kepala Trend Met Gala 2015
Home > Cantik > 5 Wangian Oud Wajib Dimiliki untuk Lebaran 2026

5 Wangian Oud Wajib Dimiliki untuk Lebaran 2026

Lebaran kali ini, aura glamor bukan sekadar terletak pada busana atau perhiasan, tetapi ia turut hadir melalui wangian yang memukau. Dipakai laksana permata dan meninggalkan jejak harum sebagai legasi, wangian Oud lebaran 2026 tampil menjadi pelengkap gaya yang eksklusif. Nota harum Oud mendapat aroma ikoniknya daripada resin wangi yang dihasilkan oleh pokok gaharu yang terjejas. Bahan mentah ini amat jarang ditemui dan proses ekstraksinya kompleks, menjadikan wangian Oud sebagai simbol kemewahan dan keistimewaan.

Ini 5 wangian Oud wajib dimiliki!

Pada Raya 2026, biarkan setiap langkah anda diiringi keharuman Oud yang memikat dan meninggalkan jejak glamor yang abadi. GLAM menyenaraikan 5 wangian Oud yang wajib dimiliki untuk lebaran 2026.

Maison Francis Kurkdjian Oud Eau de Parfum

5 Wangian Oud Wajib Dimiliki untuk Lebaran 2026 Haruman ini dicipta daripada kayu Oud paling berharga, sekaligus memancarkan aura karisma. Nota harum cedar dan patchouli membuka dialog sensual di atas kulit, menyalurkan kehangatan dalam setiap titisan. Menggabungkan timur dan barat serta sesuai dipakai oleh kedua jantina, wangian ini berempah, menenangkan dan mempesona. 

Versace Pour Homme Oud Noir Eau de Parfum

Ia menampilkan aura Oud oriental-woody yang maskulin dan penuh misteri, diracik khas untuk lelaki berkeyakinan tinggi. Nota pembuka yang berani seperti lada hitam, oren pahit dan neroli memberi kesan pertama yang segar dan tajam. Di tengahnya, safron, cardamom dan olibanum menyulam aroma rempah mewah yang sensual dan mendalam. Di dasar, Oud, patchouli dan leatherwood membentuk jejak haruman yang elegan. Wangian ini menonjolkan kilau sensual dan karakter yang menawan, sesuai untuk didandankan sewaktu Lebaran 2026.

Elie Saab La Collection Essence N°4 Oud

Membawa intipati Oud dengan keanggunan yang tersendiri, ia disulam untuk individu yang menghargai kehalusan haruman mewah. Dicipta oleh Lebanese pereka fesyen Elie Saab bersama kolaborasi perfumer Francis Kurkdjian, wangian ini menghasilkan aroma elegan yang segar namun tetap terasa eksklusif dan memikat. Tahan lama dan memiliki sillage yang halus, ia meninggalkan jejak aroma semerbak di setiap langkah sewaktu menyambut Aidilfitri.

Tom Ford Oud Wood

Gabungan kayu eksotik dan smoky termasuk eksklusif Oud, sandalwood, rosewood, rempah Timur dan amber dapat menyalurkan aura kekayaan dan pesona. Aroma Oud menyulam aura misteri dan keanggunan ini adalah pilihan ideal untuk merayakan momen istimewa bersama yang tersayang. Setiap titisan meninggalkan jejak glamor yang hangat dan eksklusif sepanjang Raya 2026.

Gucci Intense Oud

Gucci Intense Oud hadir sebagai aroma yang menggabungkan nota harum Oud memadukan buah-buahan seperti Raspberry dan Pear. Ia menawarkan harmoni yang sempurna antara wangian Oud berempah dan aura mewah yang sesuai digayakan sewaktu majlis istimewa seperti Lebaran 2026. Artikel berkaitan: Wangian: LIBRE BERRY CRUSH, Meraikan Kebebasan