Related Stories
Home > Gaya Hidup > Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna!
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna!
Sempena Hari Ibu, tiada yang lebih indah selain meluangkan masa bersama menonton kisah-kisah yang menyentuh hati dan dekat dengan realiti kehidupan. Filem-filem bertemakan kekeluargaan ini menjadi hiburan dan cerminan kasih sayang yang meruntun jiwa.
Kasih sayang dalam keluarga tidak pernah hadir dalam bentuk yang sempurna, tetapi ia sentiasa tulus, kuat dan penuh pengorbanan. Sempena Hari Ibu, inilah masa terbaik untuk menghargai insan bergelar ibu dan bapa yang menjadi tulang belakang dalam membentuk kehidupan kita. Melalui layar perak, kisah-kisah kekeluargaan ini diangkat dengan pelbagai rasa; ada yang meruntun jiwa, ada yang menyentuh emosi, dan ada yang membuat kita lebih memahami erti cinta tanpa syarat. GLAM kongsikan 7 filem bertemakan kekeluargaan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga meninggalkan kesan mendalam di hati.
M4M4 adalah sebuah filem ngeri jenayah psikologi Malaysia 2020 arahan Eyra Rahman bersama skrip oleh Faten Syamimie. Filem ini mengisahkan dua beranak iaitu Alya dan ibunya, Aini yang hidup bahagia di rumah kecil mereka, namun apabila mereka diganggu tiga lelaki, pelbagai tragedi menimpa. Naskah ini menampilkan lakonan mantap Nabila Huda sebagai seorang ibu yang bergelut dengan tekanan hidup dan cabaran emosi dalam membesarkan anak. Ia menyelami sisi gelap dan rapuh seorang wanita yang cuba menjadi kuat demi keluarganya, walaupun dihimpit trauma dan konflik dalaman. M4M4 bukan sekadar kisah seram psikologi, tetapi juga potret tentang pengorbanan seorang ibu. Bagaimana kasih sayang boleh berubah menjadi sesuatu yang kompleks, menyentuh, dan dalam masa yang sama, menghantui. Ia wajar ditonton semasa Hari Ibu!
Antara filem tempatan terawal yang mengetengahkan isu autisme, Beautiful Pain menyelami cabaran sebenar yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam spektrum autisme serta ibu bapa mereka. Filem ini menyusuri perjalanan Alina dan Razlan yang pada awalnya bergelut untuk menerima hakikat bahawa anak tunggal mereka, Danial, merupakan seorang kanak-kanak autisme. Namun, kasih sayang dan kecekalan mereka sebagai ibu bapa terus mendorong mereka untuk memberikan kehidupan yang lebih baik buat Danial. Dibintangi oleh June Lojong, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Angeline Tan dan Ruminah Sidek, filem ini menyentuh tentang erti penerimaan, kesabaran dan cinta tanpa syarat dalam sebuah keluarga.
Ditayangkan di pawagam pada tahun 2019, filem ini merupakan sebuah naskah drama kekeluargaan yang menyentuh hati. Mengisahkan tiga wanita bergelar ibu dengan latar kehidupan yang berbeza namun cukup dekat dengan realiti, kisah ini sarat dengan pengajaran buat generasi kini. Seorang bekerja sebagai pembantu rumah, seorang lagi bergelut dengan hubungan bersama anak yang sudah dewasa, manakala yang ketiga sedang menanti kelahiran cahaya mata. Takdir menemukan mereka dalam satu tragedi kemalangan yang mengubah perjalanan hidup serta hubungan keluarga masing-masing. Dibintangi oleh Remy Ishak, Nadia Brian, Rashidi Ishak dan Nadiya Nisaa, filem ini mengangkat tema Hari Ibu yang tulus dan kompleks, namun kekal menjadi nadi kekuatan dalam setiap keluarga.
Bisik Pada Langit merupakan sebuah drama kekeluargaan yang cukup menyentuh jiwa, diinspirasikan daripada kisah benar tentang kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Filem ini mengikuti perjalanan seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi impian terakhir anak perempuannya, selepas satu tragedi meragut kebahagiaan keluarga mereka. Lakonan Beto Kushairy, Naim Daniel, Ummi Nazeera dan Jalil Hamid, naskhah ini menyorot kekuatan ikatan keluarga, erti pengorbanan, serta cinta yang kekal walaupun selepas kehilangan.
Filem ini merupakan sebuah naskhah kekeluargaan yang meruntun jiwa tentang pengorbanan dan kasih sayang melangkaui ikatan darah. Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Mike yang tanpa diduga menjadi figura bapa kepada kanak-kanak selepas tragedi merubah kehidupan mereka. Walaupun tidak mempunyai pertalian keluarga, Mike membesarkan dan melindungi mereka dengan penuh tanggungjawab, seolah-olah darah daging sendiri. Di bawah arahan Ezrie Gazali sebagai filem debutnya sebagai pengarqah dan dibintangi oleh Andy Teh, filem ini mengetengahkan makna sebenar seorang “abah” dalam kehidupan seorang anak.
Papadom merupakan sebuah filem genre komedi dan drama yang mengisahkan hubungan rapat antara seorang bapa tunggal dan anak perempuannya. Diterajui oleh Afdlin Shauki, filem ini memaparkan sisi seorang ayah yang terlalu melindungi sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan keselamatan dan kebahagiaan anaknya, termasuk menjejaki kehidupan kampus si anak secara tersembunyi. Di sebalik elemen humor yang ringan, Papadom hadir menyisipkan mesej mendalam tentang kasih sayang ibu bapa, proses melepaskan anak untuk berdikari, serta hakikat bahawa cinta dalam keluarga kadangkala hadir dalam bentuk yang tidak sempurna, namun tetap ikhlas.
Babah merupakan sebuah filem drama kekeluargaan Malaysia arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim terbitan Nads Media Entertainment yang sarat dengan emosi dan nilai pengorbanan. Naskhah ini mengisahkan Isyak, seorang ayah lakonan Qi Razali yang setia dan penuh kasih sayang, dalam perjuangannya menjaga anak perempuannya, Maya dibintangi Sweet Qismina, yang menghidap Sindrom Guillain-Barré iaitu sebuah kondisi yang menjejaskan kekuatan fizikal serta mengubah seluruh perjalanan hidup mereka sebagai sebuah keluarga. Melalui kisah yang dekat dengan realiti, Babah menyorot ketabahan seorang bapa yang tidak pernah berputus asa, serta ikatan kasih sayang yang menjadi sumber kekuatan utama dalam menghadapi ujian kehidupan.
Artikel berkaitan: Ini Senarai Filem Baharu April 2026 Yang Wajib Masuk Senarai Tontonan Anda!
Ini 7 Filem Kekeluargaan Anda Patut Tonton!
1. M4M4 (2020)

2. Beautiful Pain (2016)
Antara filem tempatan terawal yang mengetengahkan isu autisme, Beautiful Pain menyelami cabaran sebenar yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam spektrum autisme serta ibu bapa mereka. Filem ini menyusuri perjalanan Alina dan Razlan yang pada awalnya bergelut untuk menerima hakikat bahawa anak tunggal mereka, Danial, merupakan seorang kanak-kanak autisme. Namun, kasih sayang dan kecekalan mereka sebagai ibu bapa terus mendorong mereka untuk memberikan kehidupan yang lebih baik buat Danial. Dibintangi oleh June Lojong, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Angeline Tan dan Ruminah Sidek, filem ini menyentuh tentang erti penerimaan, kesabaran dan cinta tanpa syarat dalam sebuah keluarga.
3. Bu, Kasih Suci (2019)
Ditayangkan di pawagam pada tahun 2019, filem ini merupakan sebuah naskah drama kekeluargaan yang menyentuh hati. Mengisahkan tiga wanita bergelar ibu dengan latar kehidupan yang berbeza namun cukup dekat dengan realiti, kisah ini sarat dengan pengajaran buat generasi kini. Seorang bekerja sebagai pembantu rumah, seorang lagi bergelut dengan hubungan bersama anak yang sudah dewasa, manakala yang ketiga sedang menanti kelahiran cahaya mata. Takdir menemukan mereka dalam satu tragedi kemalangan yang mengubah perjalanan hidup serta hubungan keluarga masing-masing. Dibintangi oleh Remy Ishak, Nadia Brian, Rashidi Ishak dan Nadiya Nisaa, filem ini mengangkat tema Hari Ibu yang tulus dan kompleks, namun kekal menjadi nadi kekuatan dalam setiap keluarga.
4. Bisik Pada Langit (2017)
Bisik Pada Langit merupakan sebuah drama kekeluargaan yang cukup menyentuh jiwa, diinspirasikan daripada kisah benar tentang kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Filem ini mengikuti perjalanan seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi impian terakhir anak perempuannya, selepas satu tragedi meragut kebahagiaan keluarga mereka. Lakonan Beto Kushairy, Naim Daniel, Ummi Nazeera dan Jalil Hamid, naskhah ini menyorot kekuatan ikatan keluarga, erti pengorbanan, serta cinta yang kekal walaupun selepas kehilangan.
5. Abah Saya, Uncle Mike (2025)
Filem ini merupakan sebuah naskhah kekeluargaan yang meruntun jiwa tentang pengorbanan dan kasih sayang melangkaui ikatan darah. Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Mike yang tanpa diduga menjadi figura bapa kepada kanak-kanak selepas tragedi merubah kehidupan mereka. Walaupun tidak mempunyai pertalian keluarga, Mike membesarkan dan melindungi mereka dengan penuh tanggungjawab, seolah-olah darah daging sendiri. Di bawah arahan Ezrie Gazali sebagai filem debutnya sebagai pengarqah dan dibintangi oleh Andy Teh, filem ini mengetengahkan makna sebenar seorang “abah” dalam kehidupan seorang anak.
6. Papadom (2009)
Papadom merupakan sebuah filem genre komedi dan drama yang mengisahkan hubungan rapat antara seorang bapa tunggal dan anak perempuannya. Diterajui oleh Afdlin Shauki, filem ini memaparkan sisi seorang ayah yang terlalu melindungi sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan keselamatan dan kebahagiaan anaknya, termasuk menjejaki kehidupan kampus si anak secara tersembunyi. Di sebalik elemen humor yang ringan, Papadom hadir menyisipkan mesej mendalam tentang kasih sayang ibu bapa, proses melepaskan anak untuk berdikari, serta hakikat bahawa cinta dalam keluarga kadangkala hadir dalam bentuk yang tidak sempurna, namun tetap ikhlas.
7. Babah (2024)
Babah merupakan sebuah filem drama kekeluargaan Malaysia arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim terbitan Nads Media Entertainment yang sarat dengan emosi dan nilai pengorbanan. Naskhah ini mengisahkan Isyak, seorang ayah lakonan Qi Razali yang setia dan penuh kasih sayang, dalam perjuangannya menjaga anak perempuannya, Maya dibintangi Sweet Qismina, yang menghidap Sindrom Guillain-Barré iaitu sebuah kondisi yang menjejaskan kekuatan fizikal serta mengubah seluruh perjalanan hidup mereka sebagai sebuah keluarga. Melalui kisah yang dekat dengan realiti, Babah menyorot ketabahan seorang bapa yang tidak pernah berputus asa, serta ikatan kasih sayang yang menjadi sumber kekuatan utama dalam menghadapi ujian kehidupan.
Artikel berkaitan: Ini Senarai Filem Baharu April 2026 Yang Wajib Masuk Senarai Tontonan Anda!
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
10 Makanan Tambahan Kaya Dengan Magnesium
BY Julia Azman
Apr 16, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026