Related Stories
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioLagree sedang hangat diperkatakan di Malaysia! Rata-rata wanita yang aktif Pilates kini beralih-arah ke senaman yang lebih intensiti tinggi, impak rendah namun lebih dramatik!
Apa Itu Lagree?
Lagree dicipta oleh usahawan fitness Sébastien Lagree pada awal tahun 2000-an. Ia mengambil ilham dari Pilates gerakan terkawal dan berfokus tetapi menaikkan intensitinya beberapa darjah. Hasilnya adalah satu sesi latihan yang membina kekuatan otot secara serius, tanpa membebankan sendi.
Senama ini dilakukan di atas mesin khusus yang dikenali sebagai Megaformer. Kaedah ini menumpukan pada gerakan perlahan dan terkawal yang mengekalkan otot di bawah tekanan berterusan dan mewujudkan rasa “bakar” yang dalam dan berkesan. Yang membezakan Lagree daripada latihan lain adalah keupayaannya mencabar seluruh badan pada masa yang sama. Kekuatan, daya tahan otot, keseimbangan, dan kestabilan teras semuanya bekerja serentak.

Apa Yang Anda Dapat Dari Lagree?
Lagree sangat efektif untuk membina kekuatan dan daya tahan otot, sekaligus membentuk badan yang terasa lebih kuat dan lebih kencang. Sebab otot kekal di bawah tekanan untuk tempoh yang lebih panjang, proses membentuk dan mengukuhkan badan berlaku dengan cara yang cukup efisien.
Satu lagi daya tarikan Lagree adalah kecekapannya. Dalam satu sesi sahaja, anda mendapat manfaat latihan kekuatan sekaligus kesan kardio degupan jantung naik, otot terasa terbakar, dan kamu sudah boleh beredar dalam masa kurang dari sejam. Lagree juga terbuka untuk semua tahap kecergasan dari pemula sehinggalah atlet berpengalaman, semua boleh bekerja mengikut tahap masing-masing dan tetap merasai intensitinya.
Pilates vs Lagree — Mana Satu Untuk Anda?
Lagree sering dibandingkan dengan Pilates, tapi kedua-duanya bukan perkara yang sama. Ya, kedua-duanya menggunakan mesin berasaskan spring dan gerakan terkawal tapi pengalaman menjalaninya terasa sangat berbeza.
Pilates mengutamakan penjajaran badan, fleksibiliti, dan kestabilan teras. Lagree pula tidak malu-malu mengisytiharkan dirinya sebagai latihan kekuatan yang lebih garang. Intensitinya membina secara berterusan sepanjang kelas, mendorong daya tahan otot ke satu tahap yang lain. Tidak ada yang lebih baik antara keduanya, ia bergantung sepenuhnya pada apa yang kamu cari. Pilates akan buat kamu rasa panjang dan selaras. Lagree? Ia akan buat kamu rasa seperti kamu baru tamatkan pertempuran dan menang!

Lagree Kini Di EDEN SOCIAL CLUB
Buat anda yang tidak pernah mencuba Lagree, GLAM sarankan patut anda cuba kerana pengalaman itu sangat berbeza! Saranan GLAM, anda boleh mengunjungi and tempah slot anda di EDEN SOCIAL CLUByang menawarkan rutin Lagree secara menyeluruh dan yang pertama mempunyai Lagree Megapro di Malaysia secara eksklusif. Selamat mencuba!
Artikel berkaitan Yoga Atau Pilates? Mana Satu Sesuai Untuk Anda
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
