Loading media...

Unable to load content
Gincu Harum Semerbak, Warna Kekal Seperti Olesan Pertama
40 Mitos Cantik Ramai Wanita Masih Percaya Sehingga Sekarang (Bahagian 1)
Sesi Pengalaman Wangian GLAM Beauty Club X Burberry Goddess
Selain Dari Penjagaan Wajah, Rambut Juga Perlu Hyaluronic Acid?
CHANEL 31 LE ROUGE Simbolik Feminin

Undercut Terbaru Selena Gomez Mungkin Menjadi Trend

Selain gelarannya sebagai Ratu Instagram dengan jumlah followers paling ramai, Selena Gomez juga dikenali dengan tabiatnya untuk menukar stail rambutnya tanpa mengikut trend. She's a trendsetter!

 

Jika sebelum ini kita pernah melihat dia bermain dengan potongan bob, lob, bangs, dan juga rona perang sebelum ini, Gomez kini tampil dengan potongan yang lebih segar dan baru yakni potongan undercut. Menampilkan potongan terbarunya itu melalui Instagram, Gomez yang kini berada di Jerman untuk kolaborasinya bersama Puma memikat hati ramai dengan pilihannya kali ini.

 

Foto yang dikongsikan Gomez itu menunjukkan rambutnya kemas ditocang dan pada dasarnya potongan diperkatakan yang turut digayakan oleh penggaya rambut kegemaran Gomez, Marissa Marino. “My girl #selenagomez at it again...she loves to keep me on my toes! Thanks @timduenashair for making her undercut dreams come true!

 

Apa pula yang bakal dilakukan oleh Gomez selepas ini kepada rambutnya? Pixie? Potongan buzz? Rona liar? We will just have to see.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse