Undercut Terbaru Selena Gomez Mungkin Menjadi Trend

Selain gelarannya sebagai Ratu Instagram dengan jumlah followers paling ramai, Selena Gomez juga dikenali dengan tabiatnya untuk menukar stail rambutnya tanpa mengikut trend. She’s a trendsetter!
Jika sebelum ini kita pernah melihat dia bermain dengan potongan bob, lob, bangs, dan juga rona perang sebelum ini, Gomez kini tampil dengan potongan yang lebih segar dan baru yakni potongan undercut. Menampilkan potongan terbarunya itu melalui Instagram, Gomez yang kini berada di Jerman untuk kolaborasinya bersama Puma memikat hati ramai dengan pilihannya kali ini.
Foto yang dikongsikan Gomez itu menunjukkan rambutnya kemas ditocang dan pada dasarnya potongan diperkatakan yang turut digayakan oleh penggaya rambut kegemaran Gomez, Marissa Marino. “My girl #selenagomez at it again…she loves to keep me on my toes! Thanks @timduenashair for making her undercut dreams come true!”
Apa pula yang bakal dilakukan oleh Gomez selepas ini kepada rambutnya? Pixie? Potongan buzz? Rona liar? We will just have to see.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026
