Related Stories
Oleh: Amira Azman
Seringkali terdedah kepada sinaran cahaya matahari membuatkan kulit tampil kusam dan kering. Ditambah pula cuaca Malaysia yang kadang kala tidak menentu menjadikan ia faktor utama kepada pendedahan kulit rosak. Ramai yang masih tidak memikirkan betapa pentingnya untuk menjaga kulit badan selain daripada penjagaan kulit muka juga rambut. Selain mengamalkan pengambilan makanan seimbang, pelbagai produk kini hadir dalam pelbagai formula berfungsi membantu memulihkan lagi kulit tubuh dengan segera. Setiap kandungan bahan kimia yang disapu pada kulit haruslah dititik beratkan dan bukan membelinya kerana termakan pujukan iklan. Mulai sekarang, kaji selidik jenis kulit anda melalui nasihat pakar sebelum terlambat!
Intipati dan Formula Terbaik
Ini paling utama sebelum melaburkan duit. Sebaik-baiknya pilih kandungan yang mempunyai bahan-bahan berkhasiat seperti minyak pati pelbagai jenis mengikut kesesuaian kulit lalu bertindak dan menyerap pantas ke dalam kulit untuk mengekalkan kelembutan juga keanjalannya selain menghasilkan aroma wangi buat efek minda yang lebih menenangkan. Pati minyak lavender adalah di antara minyak pati terbaik untuk rawatan kulit. Selain menghasilkan bau yang menyenangkan, ia membantu mengawal vibrasi negatif dan juga menjana semula sel kulit sempurna. Minyak pati geranium juga popular dalam menyelia kawalan minyak pada kulit dan mengurangkan kemunculan jerawat. Selain itu, ia turut berfungsi membaik pulih peredaran darah dalam badan serta menghilangkan kesan parut dan calar pada kulit.
Petua Mandian Sempurna
Selain mengaplikasikan produk rawatan ke dalam rutin mandian, amalan petua tradisional turun temurun juga menjadikan kulit selangkah lebih menawan. Antaranya, mandi dengan air suam bagus untuk mandian yang selesa dan menenangkan. Lakukan ia setelah pulang dari kerja agar rasa penat seharian di tempat kerja dapat dihilangkan. Tetapi ingat, air hanya perlu suam sedikit dan bukan mandi air panas kerana ia hanya akan mengeringkan kadar minyak semulajadi pada kulit. Hindar perkongsian loofah bersama orang lain kerana ia meninggalkan bakteria dan kotoran yang sukar ditanggal dan berisiko melekat di kulit anda jika tidak dibilas bersih. Cara terbaik membersihkannya ialah dengan memastikan ia digantung sehingga kering setiap kali selepas menggunakannya. Lakukan rutin mandian sempurna bermula dengan sabun mandian, lakukan rawatan pengelupasan dua kali seminggu dan akhiri dengan sapuan losen badan selepas mandi untuk kulit kekal lembap.

Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti