Loading media...

Unable to load content
Eka Di FOPE; Gabungan Inovasi Dan Kemewahan
Michael Kors Fall/Winter 2023 Collection Runway Livestream
10 Beg Paling Ikonik
Jawatan Pengarah Kreatif Mugler Kini Disandang Pereka Amerika Syarikat
Kempen Fossil Firsts Bersama Ji Chang Wook
Home > Fesyen > Windows Of The Future, Aktiviti Terkini Kelestarian Coach

Windows Of The Future, Aktiviti Terkini Kelestarian Coach

Memperkenalkan Windows Of The Future sebagai satu inisiatif baharu yang menjaga kelestarian alam sekitar pada jendela fesyen butik Coach.

Coach melangkah lebih moden dengan melancarkan Windows Of The Future, sebagai satu inisiatif melahirkan pengalaman promosi yang lebih berdaya saing. Dengan menggabungkan idea pengalaman bespoke juga mengatur langkah dalam membina satu komuniti hub yang lebih bersifat terbuka. Sembilan lokasi butik Coach dipilih untuk kempen baharu ini. Setiap butik mempunyai rekaan yang menggabungkan idea daripada para pengkarya lokal.

Windows Of The Future

 

https://www.instagram.com/p/CUlzntiAmmn/?utm_source=ig_web_copy_link

Di Malaysia, Coach di Pavilion Elite Kuala Lumpur menjadi pilihan lokasinya. Maskot utama Coach, Rexy dalam saiz yang besar menghiasi ruang LED di atas butik Coach itu. Dalam video 3D, Rexy divideokan seakan sibuk menakluki butik Coach bersama beg ikonik, Rogue. Karakter Rexy dirakam dengan penuh attitude, berjiwa bebas dan masih rebel! Get ready untuk bermanja dengan Rexy tatkala anda lalu di hadapan muka utama pusat membeli belah, Pavilion Kuala Lumpur.

Windows Of The Future

Melalui kempen ini juga, Coach memperkenalkan permainan digital AR.  Permainan digital AR ini membawa klien ke alam digital untuk membentu Rexy menangkap sebanyak mana bag Rogue. Pemaian dengan skor yang paling tinggi berpeluang memenangi satu beg Rogue yan eksklusif. Pemainan ini boleh dimain melalui telefon sahaja bermula 4 Oktober sehingga 24 Oktober 2021 di https://rexygoesrogue.coachexperiencemy.com.

Pautan Berkenaan: Creature Comfort, Idea Baru Diperkenalkan Oleh Coach