GLAMkan Raya Anda Dengan Siluet Moden Syawal Ini
Halloween 2017 Disambut Dengan Lebih Meriah Oleh Adele, Nicki Minaj & Ramai Lagi
Kesenian dan Visi Karl Lagerfeld Menyerlah Dalam Koleksi Adi Busana Chanel
GLAM 101: Bottega Veneta
9 Gaya Ivanka Trump, The Lady in White
Home > Fesyen > Zendaya Sarung Gaun Berusia 40 Tahun Ke Majlis Anugerah

Zendaya Sarung Gaun Berusia 40 Tahun Ke Majlis Anugerah

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pelakon Malcolm & Marie, Zendaya baru-baru ini muncul di satu majlis anugerah dalam persalinan berjenama yang jauh lebih berusia daripadanya.

Acara Essence’s Black Women in Hollywood 2021 yang dihadiri Zendaya adalah penghormatan buat “semangat tinggi wanita berkulit hitam dalam industri Hollywood selama bertahun-tahun” termasuk ketika pandemik, menurut Business Wire.

Pelakon ini yang merupakan salah seorang penerima anugerah tampil cukup anggun dalam busana Yves Saint Laurent yang direka pada tahun 1982.

zendaya
Foto: Randy Shropshire/Stringer/Getty Images

Ia adalah baju rona biru bersinar bersama lengan panjang belon, leher potongan-V, dan stail peplum di bahagian bawah. Skirt pula berona hitam dan mempunyai belah paras paha di bahagian depan.

Penampilannya itu dilengkapi dengan barang kemas Bulgari dan kasut sarung hitam tiga inci Roger Vivier yang dihiasi perincian kristal Swarovski.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse