Kenali Paulius Staniunas – Jurugambar Di Sebalik “All Is Amazing”
GLAM Lelaki Oktober 2015
Dunia Hari Ini Tidak Jujur
Wanita Idaman: Katrina Taib
Wanita Idaman: Didi Dayang
Home > GLAM Lelaki > 10 Azam Lelaki Patut Buat

10 Azam Lelaki Patut Buat

Handsome stylish manGambar: INGimage

  1. Do It Yourself! Ya, tidak semua lelaki pakar D.I.Y tetapi sebagai lelaki sekurang-kurangnya anda perlu tahu kegunaan gergaji, sepana ataupun playar. Anda akan rasa puas apabila berjaya menyiapkan sesuatu projek. Percayalah!   2. Membaca Karya Agung Buang komik atau majalah hiburan yang berkisar gosip saja. Sudah tiba masanya anda mengenali Datuk A.Samad Said, Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau Hamka dan Tash Aw.   3. Buat Temu Janji Untuk Pemeriksaan Perubatan Lelaki sukar berkata ‘ya’ untuk doktor. Atasi perasaan kecut kerana kesihatan lebih penting daripada segala-galanya. One small step mungkin menyelamatkan nyawa anda.   4. Lawatan Persidangan Kerjaya Masih ramai di luar sana yang tidak berpuas hati dengan jawatan dan pendapatan mereka setiap bulan. Sertai persidangan kerjaya. Ia mungkin boleh membantu anda lebih bermotivasi. Jika tidak, don’t waste your time and resign!   5. Beri Tumpuan Sepenuhnya Pada Hobi Anda Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam. Jika minat sesuatu, buat bersungguh-sungguh. Sama ada bersukan atau bermain muzik, pastikan anda punyai masa untuk lakukannya.   6. Bersenam Sudah-sudahlah dengan aktiviti makan tengah malam. Tiada masa bukan alasan. Berjalan atau joging sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi.   7. Buka Akaun Simpanan Duit gaji yang masuk tiap-tiap bulan dalam akaun tidak dikira akaun simpanan. Buka akaun yang tiada kad ATM.   8. Atasi Ketakutan Semua orang mempunyai ketakutan sendiri. Ya, bukan senang untuk atasi ketakutan tetapi belajarlah cara untuk menanganinya. Bungee jumps anyone?   9. Bantu Mereka Yang Memerlukan Sama ada menjadi sukarelawan atau membantu sesiapa saja yang memerlukan.   10. Melancong Ke Destinasi Baru Keluarkan pasport, tarik beg galas, pergi ke lapangan terbang and you are on your adventures.