Kendall dan Gigi: It-girls Kini
10 Diet Tidak Konvensional Golongan Selebriti Hollywood
Kebaikan Yoga Untuk Kesihatan
Karpet Merah Di Anugerah BAFTA 2016
Hangat Di Jakarta Sepanjang 2014

10 Bilik Paling Seksi Di Dunia Yang Anda Harus Lawati

Bermacam perkara boleh berlaku antara pasangan di dalam bilik sesebuah hotel tidak kira di mana jua terletaknya hotel tersebut. Tetapi untuk perkara-perkara istimewa menjadi kenyataan di dalam bilik tersebut, anda pasti mahukan suasana yang sensual, mengujakan dan mungkin juga mempunyai kejutan buat anda dan pasangan anda.

 

Jutaan terima kasih kepada Mr. and Mrs. Smith Hotel Awards kerana telah menyenaraikan 10 Bilik Paling Seksi Di Dunia yang merangkumi hotel-hotel daripada Thailand hingga ke Mexico.

Bagi mereka yang mempunyai citarasa artistik untuk a romantic getaway El Fenn merupakan pilihan paling tepat untuk anda. Kaya dengan warna-warna dan perincian terkenal Maghribi, hotel ini mempunyai 22 buah bilik yang setiap satunya unik dan boleh menepati citarasa anda. Dengan halamannya yang ibarat dikelilingi magis, pintu yang diukir tangan dan juga perpustakaan ber-wifi, El Fenn mempunyai segala yang anda perlukan untuk bercuti. Room 6, Room 10 dan Room 11 merupakan pilihan utama buat ramai pengunjung.