Astonishing Resume: Alasan Maison Margiela Pilih Glenn Martens
Ameera Khan Curi Tumpuan di Milan Fesyen Week
GLAM It Girl: Julia Amin
25 Selebriti Tampil Paling Stylish Di Malam #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024
Soul Searching In Prada
Home > Fesyen > 15 Gaya Emmy Awards 2023 Terbaik Pilihan Glam

15 Gaya Emmy Awards 2023 Terbaik Pilihan Glam

Emmy Awards ke-75 berlangsung gilang-gemilang di Peacock Theater, Los Angeles pada 16 Januari. Dihoskan oleh Anthony Anderson, ia memberi penghormatan kepada produksi dan persembahan terbaik dalam televisyen. Lazimnya diadakan pada bulan September, Emmy Awards 2023 ditangguhkan sehingga 16 Januari kerana mogok SAG-AFTRA di Hollywood. Disebabkan itu senarai pencalonan diterajui rancangan popular pada 2023 termasuk Beef, Daisy Jones & the Six, The Last of Us dan Succession. Di permaidani merah sebelum majlis berlangsung, senarai selebriti kelas-A tampil dalam fesyen memukau mata. Selain hitam, tona burgundy dilihat mendominasi karpet merah tahun ini.

Lihat fesyen selebriti terbaik di Emmy Awards 2023

  Jeremy Allen White tampil segak dalam sut putih Giorgio Armani yang dipadankan bersama celana dan tali leher kupu-kupu rona hitam. fesyen Emmy Awards   Simona Tabasco berseri bagaikan musim bunga dalam gaun flora Marni.   Colman Domingo tiba di karpet merah dalam sut Louis Vuitton. Emmy Awards   Jenna Ortega elegan dalam gaun jarang bersulam Dior Haute Couture.   Donald Glover menggayakan sut baldu berperincian bunga daripada Bode.   Jessica Chastain bagaikan dewi dalam gaun hijau neon Gucci dengan rumbai manik.   Tyler James Williams segak dalam sut kulit hitam Dolce & Gabbana yang dipadankan bersama kasut kulit hitam dan barang kemas berlian.   Selena Gomez mencuri perhatian di karpet merah Emmy Awards dalam gaun jarang berinspirasi botani rekaan Oscar de la Renta.   Joseph Lee menyarung sut serba kelabu bersama kemeja berkolar mandarin. Emmy Awards   Ayo Edebiri menggayakan gaun bustier kulit daripada Louis Vuitton.   Anthony Anderson menyuntik eleman menyeronokkan pada gaya sut klasik dengan menyarung tuksedo Etro berperincian manik dan sulam motif bunga lili. Emmy Awards 2023   Taraji P. Henson memancarkan keanggunannya dalam gaun Atelier Versace rona ungu. Taraji P. Henson – 2024 Primetime Emmy Awards • CelebMafia   Sam Richardson memadankan blazer Grayscale rona kuning air bersama kemeja, celana dan kasut kulit berwarna hitam.   Rachel Brosnahan membawakan gothic glam ke karpet merah dengan menggayakan gaun Versace berstruktur.   Ketampanan Brett Goldstein terserlah dalam persalinan serba hitam Giorgio Armani.   Foto: Getty Images Baca: 20 Anggun & Segak Di Critics Choice Awards 2024