18 Wirawati Femme Fatale Terkenal Blockbuster Hollywood
TEKS: Jacky Hussein
GAMBAR: TPGNEWS.COM
Sama ada baik atau jahat, barisan femme fatale ini berjaya mendominasi watak wira yang sering dikuasai lelaki, Yet, they fight in the most glamorous and fashionable ways!
ANGELINA JOLIE SEBAGAI LARA CROFT
Pemenang Anugerah Akademi yang melakonkan watak Lara Croft dalam filem Tomb Raider ini bukan saja menjalani latihan intensif bagi menampakkan otot malah perlu menjadikan payudaranya lebih besar. Walaupun hanya menggunakan pad pada dada, Angelina mengakui dia turut cedera apabila melakukan beberapa lagak ngeri dan menerima kesan parut akibat ayunan kord lelabah dan terkena candelier. Cukup mahir menggunakan senjata, Lara Croft tampil begitu yakin dan sofistikated biarpun dengan hanya mengenakan kutang dan rambut bertocang.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
