Related Stories
5 Pilihan Produk Clean Beauty Terkini
By
Julia Azman
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio|
Aug 18, 2023
Tidak dinafikan bahawa clean product kini menjadi sangat penting dalam dunia kecantikan. Semakin ramai yang mencari ketelusan dalam sesebuah produk supaya selamat diguna pakai. GLAM Cantik bariskan 5 item produk yang anda boleh dapatkan hanya di Sephora!
Clean product menjadi satu trend yang sedang berkembang dan ia bukanlah in trend semata-mata. Ianya penuh dengan kebaikan buat para pengguna. Namun, apa yang dimaksudkan dengan clean product ini? Ketelusan dalam sesebuah bahan dimana produk dicipta dengan bahan-bahan yang selamat digunakan. Misalnya, ia bebas daripada bahan paraben, sulfat, minyak mineral dan pelbagai lagi bahan berbahaya lain!
Selain itu, clean product ini juga bukan sahaja selamat buat pengguna, malah ia termasuk dalam kriteria dimana memberi impak baik terhadap planet dan haiwan. Senang cerita, produk mesra alam atau planet positive! Sekiranya anda pernah melihat, sesetengah produk ada mempunyai logo “cruelty-free”. Produk yang dihasilkan tidak diuji pada haiwan dan itu merupakan salah satu produk yang baik!
Jika anda mencari produk yang terdiri daripada ciri-ciri tersebut, Sephora ada mengumumkan kempen “The Clean at Sephora” khas buat penggemar dunia kecantikan! Kempen yang telah berlangsung sejak 2021 ini, memberi inisiatif untuk bantu membuat pilihan yang bijak dalam memilih, meneroka dan mendidik dalam rutin kecantikan.
Produk daripada Glow Recipe ini merupakan salah satu clean product yang boleh didapatkan di Sephora! Mengadungi asid BHA dan AHA yang mampu menghalus dan melembutkan kulit serta menangani kewujudan jerawat pada wajah. Serum penjernih ini berkuasa dalam menghaluskan tekstur kasar dan membersihkan pori-pori sambil menghidratkan. Ekstrak buah strawberi yang dirumus dengan 10% Clarity Acid Complex menberi kesan yang menenangkan pada kulit. Semestinya produk ini adalah clean + positive planet!
Serum 3-in-1 ini mengandungi bahan-bahan yang bersih dan sangat mesra untuk kulit! Terdiri daripada kompleks proprietari superfoods Jepun seperti teh hijau Uji, beras Akita dan alga Okinawa, adalah sebagai bahan utama dalam produk kecantikan ini. Tiga bahan ini melalui proses penapaian berganda yang menjana tahap tinggi asid laktik sehingga berlaku secara semula jadi. AHA yang lembut pula menggalakkan perolehan permukaan kulit semula jadi, melicinkan rupa garisan dan memperbaiki tekstur pada wajah. Bahan mesra alam lain yang turut digunakan ialah asid hyaluronik yang berasal daripada tebu. Menggebu dan mengekalkan kelembapan kulit dengan clean product yang terbukti selamat untuk anda gunakan!
Seperti yang kita ketahui, retinol memang hebat dalam membuatkan kulit tampak muda dan sihat. Namun, apa yang membezakan produk daripada Supergoop ini berbanding yang lain? Produk kecantikan ini merupakan rawatan siang hari, mengandungi retinol yang berasaskan tumbuhan dan mempunyai mineral dengan SPF 40. Berkesan sebagai pelindung matahari dan persekitaran yang menjaga kulit daripada rosak. Tambahan lagi, kulit kekal sihat dan lembut tanpa kerengsaan kerana bahan-bahannya yang dikategori dalam clean product.
Produk daripada jenama Fresh ini merupakan krim anti-penuaan ringan yang sangat menakjubkan! Produk kecantikan ini tidak mengandungi retinol, namun pelembap muka berprestij tinggi ini berfungsi seakan-akan seperti retinol yang mampu mengurangkan kedutan dan meningkatkan ketegasan kulit. Campuran bahan semula jadi dengan kekuatan seperti retinol iaitu eksklusif ekstrak teh hitam dan daun rambutan sebagai ‘pengambilan segar’. Krim ini sangat berkesan untuk membetulkan tanda-tanda penuaan sambil melembutkan buat semua jenis kulit walaupun yang sensitif.
Drunk Elephant kini mencipta serum harian dengan kandungan 15% vitamin C yang mujarab dan sangat stabil. Produk ini padat dengan antioksidan, nutrien penting dan enzim buah-buahan. Semuanya hebat dalam bekerja untuk mencerah, menegangkan kulit serta memperbaiki tanda penuaan. Dengan vitamin C yang aktif, ia melindungi daripada pencemaran dan kerosakan radikal bebas yang dihasilkan oleh UV. Paling seronok, produk ini boleh menjadi pilihan terbaru dalam rutin kecantikan anda kerana ianya vegan dan bebas daripada minyak pati, silikon, pewangi serta cruelty-free!
Artikel Berkaitan: 3 Clean Product Pilihan GLAM Bulan Ini!
Ini 5 Item Produk Clean Beauty
1. Glow Recipe Strawberry Smooth BHA + AHA Salicylic Serum

Foto: Sephora
2. Tatcha The Dewy Serum

Foto: Sephora
3. Supergoop Daily Dose Bioretinol + Mineral SPF

Foto: Sephora
4. Fresh Black Tea Advanced Age Renewal Cream

Foto: Sephora
5. Drunk Elephant C-Firma Fresh Day Serum

Sephora
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
