5 Produk Kosmetik Karya Anak Malaysia
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Aug 30, 2024
Produk tempatan sering kali menjadi barangan yang membuat ramai berpusu-pusu untuk dimiliki, begitu juga dengan produk kecantikan. GLAM Cantik senaraikan lima produk kosmetik lokal bersempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba ini!
Barangan produk tempatan kini tidak menjadi asing lagi buat rakyat Malaysia. Turut berbangga apabila semakin banyak jenama-jenama lokal mencipta produk kecantikan setanding antarabangsa. Walau hanya digelar ‘produk lokal’ namun keutuhan jenama yang masih kekal hingga kini jelas menunjukkan kualiti sesuatu produk itu. Lebih menyeronokkan apabila sesuatu produk kecantikan yang berkualiti, boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah. Produk kosmetik Made in Malaysia ini lantas menjadi kebanggaan buat dunia kecantikan dan penggemar alat solek!
#SupportLokal, Ini Lima Produk Kosmetik Jenama Tempatan
1. Syedewa Cosmetics
https://www.instagram.com/p/C8oLp2BP8HG/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA== Jenama kosmetik Syedewa merupakan antara label kecantikan yang cukup popular. Syed Mohamad Fahmi atau lebih popular dengan nama Syedewa, merupakan pengasas jenama ini yang ditubuhkan pada tahun 2018. Memulakan perjalanan kariernya sebagai seorang jurusolek selebriti, Syedewa tercetus idea untuk menghasilkan rangkaian produknya sendiri dengan warna, formula dan tekstur yang berkualiti. Rangkaian produk ini turut menawarkan alat solek dengan harga yang berpatutan buat penggemar kecantikan.2. Velvet Vanity
https://www.instagram.com/p/C9ZgQbtyyXJ/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA== Bertapak sejak tahun 2016, Velvet Vanity menjadi antara produk solekan yang amat digemari ramai! Ia terkenal dengan falsafahnya bahawa rutin kecantikan harus lurus dan mudah. Adlina Nadirah bukan sahaja menggemarkan akan produk solekan, malah dia juga bijak mencipta produk kosmetik yang hibrid buat penjagaan kulit. Baginya, perasaan positif ketika bersolek adalah kunci kepada kecantikan sebenar.3. TK by Tyra
https://www.instagram.com/p/C-aEkrAyVc0/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA== Baru sahaja melancarkan produk ini pada Mac lalu, TK by Tyra merupakan jenama kosmetik terkini untuk dimiliki. Memulakan perniagaan kecantikannya dengan alat solek pemerah pipi, produk tempatan ini mendapat sambutan hangat terutama di media sosial. Ramai gadis muda menyukai pemerah pipi oleh usahawan, Tyra Kamaruzzaman yang juga merupakan seorang pempengaruh digital kerana ia adalah produk mampu milik namun berkualiti tinggi serta sesuai buat semua jenis warna kulit. Kini, ia merupakan rangkaian produk kosmetik yang amat dinanti-nantikan oleh gadis generasi Z!4. Syed Faizal Beauty
https://www.instagram.com/p/C9tfTFuy3ZX/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA== Mengambil pengalaman sebagai seorang jurusolek selebriti, Syed Faizal kini mencipta rangkaian produk kosmetiknya yang tersendiri. Diasaskan pada tahun 2016, label kosmetik ini dicipta buat mereka yang menginginkan kecantikan dengan cara yang paling mudah. Sementara itu, ia juga adalah jenama kosmetik lokal yang mempunyai estetika yang menarik. Antara koleksi di Syed Faizal Beauty adalah barisan koleksi seperti BIBIR, MATA, PIPI, ALAT dan juga MUKA.5. SO.LEK Cosmetics
https://www.instagram.com/p/C7CCushytNd/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA== SO.LEK merupakan jenama kosmetik tempatan oleh dua beradik, Dahlia Nadirah & Luqman Hakim yang terinspirasi daripada pengalaman di New York. Mereka mencipta rangkaian kosmetik yang berpatutan namun cukup berkualiti. Jenama ini sangat komited dalam menawarkan produk terbaik dan bermatlamat untuk memberi keyakinan buat pengguna-pengguna SO.LEK. Dilihat pada logo sahaja, boleh diketahui bahawa mereka merupakan antara produk lokal yang menggunakan perincian tradisional buat rangkaian kosmetik mereka. Artikel Berkaitan: 5 Jenama Kecantikan Lokal Berasaskan VeganAdvertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
