8 Wildlife Resort Eksotik Di Dunia Untuk Menginap Bersama Gajah Liar
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioBagi pencinta alam dan haiwan liar, tiada yang lebih mengujakan daripada peluang untuk berada dekat dengan makhluk paling agung di dunia, gajah liar. Bayangkan bangun dari tidur dengan pemandangan seekor gajah melintasi hutan di hadapan vila anda, atau menyaksikan kawanan gajah melintasi sungai sambil menikmati kopi pagi. Ini bukan impian semata, tetapi realiti yang boleh anda alami di beberapa wildlife resort eksotik di seluruh dunia.
Wildlife resort ini bukan sahaja menawarkan pengalaman luar biasa bersama gajah liar, malah mereka juga komited terhadap pelancongan lestari dan pemeliharaan habitat semula jadi. Daripada hutan tropika di Asia Tenggara hingga ke savana luas di Afrika, setiap resort ini menyediakan peluang untuk mendekati gajah dalam suasana yang menghormati kebajikan haiwan dan alam sekitar.
Jika anda sedang mencari pengalaman percutian yang benar-benar berbeza, sesuatu yang menyentuh jiwa dan meninggalkan kenangan mendalam, senarai ini adalah untuk anda. Jom terokai 8 wildlife resort luar biasa di dunia yang membolehkan anda menginap bersama gajah liar.
MIST AND MYSTICISM IN A CHIANG RAI JUNGLE
24 Hours
229 Moo 1, Chiang Saen, Chiang Rai 57150
Wildlife resort eksotik mewah di seluruh dunia
1. Anantara Golden Triangle Elephant Camp & Resort (Chiang Rai, Thailand)


Terletak di kawasan berbukit utara Thailand, wildlife resort ini menawarkan panorama indah Sungai Mekong dan peluang eksklusif untuk berinteraksi dengan gajah yang diselamatkan. Tetamu boleh menyertai sesi “Walking with Giants”, satu program etika di mana anda dapat berjalan bersama gajah melalui hutan tanpa perlu menunggang mereka. Resort ini juga menempatkan Elephant Learning Center yang mendidik pengunjung tentang pemuliharaan dan penjagaan gajah dengan bertanggungjawab.
2. Four Seasons Tented Camp Golden Triangle (Thailand)


Bagi mereka yang mahu rasai kemewahan sambil dekat dengan alam, resort ini hanya menyediakan 15 khemah eksklusif yang menawarkan pengalaman privasi sepenuhnya. Di sini, anda boleh menyertai aktiviti seperti memandikan gajah, memberi makan, dan berjalan bersama mereka sambil menikmati pemandangan hutan tropika. Sebagai wildlife resort yang berkonsepkan eksklusiviti dan pemuliharaan, ia turut bekerjasama dengan pelbagai organisasi untuk melindungi populasi gajah liar.
3. Elephant Hills (Khao Sok, Thailand)


Merupakan wildlife resort khemah mewah pertama di Thailand yang berasaskan ekopelancongan, Elephant Hills memberikan pengalaman mendalam tentang kehidupan hutan. Tetamu boleh menghabiskan masa dengan gajah tanpa elemen paksaan seperti tunggangan atau persembahan. Aktiviti termasuk penyediaan makanan gajah, memberi makan, dan sesi ‘mandi lumpur’ bersama gergasi hutan ini, semuanya dalam suasana semula jadi yang menenangkan.
4. Mahali Mzuri (Maasai Mara, Kenya)


Dimiliki oleh Sir Richard Branson, resort mewah ini berada di tengah-tengah laluan migrasi hidupan liar Afrika, menjadikannya wildlife resort ideal untuk menyaksikan kawanan gajah liar yang merentasi savana. Setiap khemah moden dilengkapi dengan pemandangan 180 darjah ke arah landskap terbuka, membolehkan tetamu melihat haiwan liar dari keselesaan tempat tidur. Safari profesional turut disediakan sepanjang hari.
5. Mfuwe Lodge (South Luangwa National Park, Zambia)


Mfuwe Lodge dikenali di seluruh dunia kerana satu sebab yang unik iaitu gajah yang secara rutin berjalan masuk melalui lobi resort untuk mencapai pokok mangga kegemaran mereka. Pengalaman ini berlaku pada musim tertentu dan telah menjadi tarikan ikonik bagi para pelawat. Merupakan wildlife resort yang terkenal, ia turut menawarkan safari eksklusif dan peluang mempelajari tentang tingkah laku gajah dalam keadaan semula jadi.
6. Wildlife resort: Chiawa Camp (Lower Zambezi, Zambia)


Terletak di sepanjang Sungai Zambezi, Chiawa Camp merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang inginkan ketenangan sambil dikelilingi alam liar. Di sini, anda bukan sahaja boleh melihat gajah minum di sungai tetapi juga mendengar bunyi mereka dari khemah anda. Wildlife resort ini menekankan pengalaman eksklusif dan personal, dengan aktiviti seperti safari air dan berjalan kaki bersama pemandu berpengalaman.
7. Sanctuary Baines’ Camp (Okavango Delta, Botswana)


Sanctuary Baines’ Camp terkenal dengan program pemuliharaan yang membenarkan pelawat berjalan bersama gajah separa-liar. Ini memberikan pengalaman yang cukup peribadi di mana pengunjung dapat menyentuh, memberi makan dan belajar secara langsung tentang kehidupan gajah dari pakar yang menjaga mereka. Dengan hanya enam suite mewah, wildlife resort ini menawarkan suasana eksklusif, aman dan sangat personal.
8. Wildlife Resort: Gal Oya Lodge (Sri Lanka)


Terletak di lokasi terpencil dalam kawasan hutan asli Sri Lanka, Gal Oya Lodge ialah wildlife resort yang jarang disentuh oleh pelancongan terbuka. Ia menawarkan satu-satunya pengalaman melihat gajah berenang antara pulau-pulau kecil di dalam tasik nasional. Selain safari bot, pengunjung boleh mengikuti lawatan bersama naturalis atau berjalan kaki di hutan sambil menyaksikan flora dan fauna yang tersergam memukau.
Percutian di wildlife resort seperti ini bukan sahaja memberikan kenangan yang luar biasa, malah menghubungkan kita semula dengan keajaiban alam. Ia mengajar kita menghargai dan melindungi spesies liar seperti gajah, sambil menikmati pengalaman mewah dan mendamaikan.
Artikel berkaitan: Resort Dan Spa Mewah Di Bali
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
