Haruman Cermin Personaliti
Kenali Sahabat Baru Anda Ultra Violette
Aura Regenerative Wellness, Satu Destinasi Holistik Cantik Sempurna
5 Tips Solekan Sempurna Untuk Wanita Bercermin Mata
Socialite’s Must Haves: Zaida Ibrahim
Home > Cantik > Azimat Minyak Pati Buat Mahkota Rambut

Azimat Minyak Pati Buat Mahkota Rambut

The FOX Teen Choice Awards 2014 arrivals (Set A)  Los Angeles, California.  by BaxterGambar: TPGVIP

  Menggunakan minyak atau serum dapat menjadikan mahkotamu lebih berkilau. Sama ada anda berambut ikal, kerinting atau lurus, tujuh kandungan minyak ini pasti membantu mengekalkan kesihatan rambut dengan cara yang hebat.   Minyak Zaitun Minyak ini boleh digunakan sebagai pelembap yang hebat, perapi mendalam, sekali gus membantu menghapuskan kelemumur. Ia mewah menghidratkan kulit kepala, menjadikan rambut lebih kuat serta menggalakkan pertumbuhan rambut lebih sihat. Malah antioksidan juga menjadikan minyak zaitun berkhasiat dan baik digunakan untuk rambut anda.   Minyak Rosemary Minyak Rosemary membantu merangsang pertumbuhan rambut dengan menyuburkan folikel. Ia juga membersihkan kulit kepala dan menguatkan keindahan rambut ikal anda. Ia juga beraksi menghilangkan kelemumur, membuatkan rambut anda lebih sihat dan terasa lembut bak sutera.   Minyak Avokado Pernahkah anda mendengar bahawa campuran avokado baik untuk melembapkan rambut? Ya, minyak avokado sangat berguna kerana ia mempunyai nutrient seperti Vitamin A, D dan C juga protein serta asid amino. Plus, there’s no messy cleanup after application.   Minyak Kelapa Aplikasi minyak kelapa setiap hari untuk rambut kering. Ia baik untuk penghidratan serta mencegah kerosakan pada rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut agar tebal dan sihat. Urutan kulit kepala semasa sapuan sangat membantu.   Minyak Argan Minyak argan adalah baik untuk rambut dan kulit anda. Ianya kaya dengan Vitamin E, antioksida, membantu membaiki rambut yang rosak dan menjaga rambut agar berkilat serta menawan.   Minyak Jojoba Membantu memulihkan rambut rosak dengan mendalam juga melembapkan. Memperbaiki hujung rambut bercabang yang menjengkelkan di samping melembapkan kulit kepala anda. Jika kulit kepala terhidrat sepenuhnya, seluruh rambut anda juga sentiasa lembap dan tidak lagi kusam.     Minyak Macadamia Walaupun tidak terlalu terkenal, minyak ini banyak manfaatnya. Ia membantu melembapkan rambut kering dan memperbaiki rambut rosak sambil menyuburkan kulit kepala. Ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan menguatkan rambut dari akarnya.