9 Trend Fesyen Sinonim Dengan Gen-Z
“The World of Ralph Lauren”, Kehadiran Bintang Bergaya, Dari Scha Al Yahya ke Anna Jobling
Cipta Sejarah Lagi! Neelofa Tercalon dalam Influencer Awards 2019 Monaco
7 Gaya Berpasangan Terbaik Keanu Reeves & Alexandra Grant
Penampilan Blake Lively Di Tayangan Perdana It Ends With Us Mencetuskan Gaya Simbolik
Home > Fesyen > Anak Beckham Bintang Burberry

Anak Beckham Bintang Burberry

Gambar: TPGVIP   Launch of the 2014 Burberry festive campaign   Anak kepada ikon fesyen Victoria Beckham dan legenda pemain bolasepak dunia, David Beckham dipilih membintangi iklan Krismas arahan Burberry. Romeo Beckham, anak ke-2 dalam adik-beradik kepada pasangan yang terkenal ini mencuri perhatian ramai apabila muncul sebagai bintang dalam Kempen Festival Burberry.   Launch of the 2014 Burberry Festive Campaign   Iklan kempen Burberry sempena Krismas ini berinspirasikan teater muzikal selama empat minit dengan berteraskan koreografi lagu tema “The Way That I Live” yang dinyanyikan oleh Ed Harcourt. Romeo Beckham tampil dalam persalinan kot trench Burberry memainkan watak sebagai Cupid cinta di kala musim dingin berlatarbelakangkan kota London.   Walaupun Romeo Beckham baru berusia 12 tahun, kempen ini sudah merupakan kempen iklan yang ke-2 buatnya di dalam Burberry. Sebelum ini Romeo muncul di dalam kempen musim panas 2013 seiring model terkenal yang lain iaitu Cara Delevigne dan Edie Campbell.   http://www.youtube.com/watch?v=ojBufhpPgMo